Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Sunday, December 21, 2008

Sukhoi 'Bermegah' Di Pasir Puteh, Kelantan.

Sukhoi SU-30 MKM merupakan sebuah jet berteknologi tinggi atau lebih dikenali sebagai pesawat pemintas. Malaysia dan Rosoboronexport menandatangani kontrak untuk membeli 18 pesawat Sukhoi SU-30 MKM pada Mei 2003 dengan harga sekitar AS$ 900 juta. Sehingga Disember 2007, Malaysia telah pun menerima 6 buah pesawat ini dan ditempatkan di Gong Kedak, daerah Pasir Puteh, Kelantan

Sekarang ini pun, Gong Kedak sedang pun diperluas bagi memuatkan lagi Jet Sukhoi yang bakal diterima oleh Malaysia. Pesawat ini dioperasikan oleh Skuadron ke-11, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Gambar di bawah ini diambil ketika Sukhoi sedang melakukan latihan penerbangan dia ruang udara Pasir Puteh, Kelantan. Aku hanya perlu keluar ke belakang rumah untuk melihat pesawat Sukhoi yang sedang terbang sambil mengambil gambar menggunakan kamera Sony Cybershot DSC-W110 yg tidak berapa bagus untuk ambil imej jarak jauh.



Kelajuan Sukhoi semasa beraksi memang amat laju jika dibandingkan dengan pesawat lain yang turut melakukan latihan di ruang udara ini. Kadang-kadang terasa gegaran di jantung ketika ianya berada di atas kepala kita.

Bagi memastikan jet yang terbang itu adalah Sukhoi, aku telah mencari sekeping gambar Sukhoi di internet dan membandingkannnya dengan gambar yang telah aku ambil tempoh hari. So, memang ternyata benarlah itu adalah Sukhoi yang telah pun membanggakan Malaysia dan turut berjaya menghantar seorang angkasawan rakyat Malaysia ke ISS.

Sunday, November 30, 2008

Latihan Dikir Barat KMM Sesi 07/08



So, for your information, ni lah satu-satu nya group dikir barat Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) sesi 2007/2008.. Kalu korang cekap, korang leh cari ner satu aku dalam video nie.. tgh bertepuk.. hehe~ have a nice day.. just want to share with others.

Monday, November 24, 2008

Pasar Tani Wakaf Che Yeh - Kelantan

Pasar Tani Wakaf Che Yeh diadakan pada pagi hari jumaat dimana negeri Kelantan sedang bercuti hujung minggu. Wakaf Che Yeh terletak sejauh 5km dari pusat bandar.

Banyak gerai jualan pakaian, makanan serta keperluan harian yang lain dijual disini. Wakaf Che Yeh sudah pun dinaik taraf oleh kerajaan negeri bagi memberi kemudahan peniaga dan pembeli. Bangunan yang anda dapat lihat ini baru sahaja disiapkan pada tahun ini (2008) yang menelan belanja RM70 juta serta hanya mampu menampung peniaga seramai 300 sahaja.
Selain pasar tani, anda juga boleh mengunjungi kedai-kedai sini pada setiap pagi, petang dan malam.

Tuesday, November 18, 2008

Rantau Panjang - Kelantan

Rantau Panjang terletak berhampiran dengan sempadan negara Thailand. Kebanyakkan barangan yang dijual merupakan barangan import dari thailand seperti barangan tiruan, puma, adidas, nike dan sebagainya. Harga di sini lebih murah jika dibandingkan dengan kawasan lain yang turut menjual barangan tiruan.

Pengunjung dari luar Kelantan pasti akan mengunjungi tempat ini sekiranya mereka ke Kelantan. Ini kerana kualiti barangan berpatutan dengan harga malah ada yang lebih murah. Di bawah ini disertakan gambar suasana di Rantau Panjang sebelum cuti sekolah. Pada musim cuti sekolah, peniaga biasanya akan menaikkan harga barangan kerana lebih ramai pengunjung yang datang.

Jadi, adalah digalakkan buat tuan-tuan untuk tawar menawar harga barangan yang anda ingin beli. Peniaga biasanya tidak akan meletak harga yang tepat.











Saturday, November 15, 2008

Air Terjun Jeram Linang, Machang - Kelantan


Air terjun Jeram Linang, Machang merupakan Air Terjun terawal dimajukan di Negeri Kelantan. Terletak di dalam Hutan Simpan Ulu Sat, Machang, air terjun ini sentiasa jernih cumanya pada waktu aku melawat tempat ini, hujan turun dengan lebat menyebabkan air menjadi keruh dan deras.


Pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan di Air Terjun ini seperti Tandas Awam, Wakaf Rehat, Musalla, Restoran dan Tempat Letak Kereta. Pengunjung Air Terjun Jeram Linang ini boleh melakukan aktiviti Jungle Trekking dan mandi-manda di tempat ini. Kawasan perkhemahan juga disediakan.

Thursday, November 13, 2008

Jeram Pasu, Kelantan

Jeram pasu terletak di daerah Pasir Puteh. Sejauh 10km daripada pusat bandar Pasir Puteh. Tempat ini sering dikunjungi kerana memiliki air terjun yang bersih. Selain itu juga, untuk ke tempat ini, anda tidak perlu risau kerana jalan ke sini adalah berkeadaan baik dan akan memberi keselesaan kepada pemandu.




Monday, November 10, 2008

Keindahan Pantai Teluk Cempedak, Pahang.

Pada hari ahad lepas, aku telah ke Teluk Cempedak yang terletak lebih kurang 10km dari bandar kuantan. Tempat ini sering dikunjungi oleh ahli keluarga serta para remaja. Keistemewaan tempat ini adalah ianya begitu cantik. Selain hampir dengan kawasan bandar, ianya juga merupakan pantai yang moden.


KFC dan McDonald juga dibina di persisiran pantai itu dengan waktu operasinya adalah 24 jam. Ini menyebabkan pengunjung tidak putus-putus mengunjungi pantai tersebut walaupun hari sudah subuh.


Di Teluk Cempedak atau lebih senang disebut oleh penduduk Pahang dengan huruf TC, terdapat satu penghubung dimana menghubungkan dua pantai yang terletak di sebelah utara dan selatan. Kebiasaanya, pengunjung yang datang akan tiba dahulu di pantai selatan kemudian, sekiranya ingin ke pantai sebelah utara, mereka harus menaiki penghubung ini.

Sewaktu menaiki penghubung, anda akan melihat permandangan pantai seperti gambar yang dimuat naik ini. Kebersihan pantai ini selalu dijaga bersih kerana pantai ini turut dikunjungi oleh pelancong luar negara.

Gambar dibawah ini merupakan keadaan pantai disebelah utara. Kelihatan satu kumpulan manusia sedang berlatih seni mempertahankan diri.

Gambar yang seterusnya adalah permandangan di pantai belah selatan.

Sewaktu berada di TC, aku telah mendapat idea untuk berkongsi blog ini dengan seseorang. Mungkin selepas ini anda akan lebih di dedahkan dengan pelbagai budaya.

Saturday, November 8, 2008

Panorama Di Universiti Malaysia Pahang

Universiti Malaysia Pahang terletak di Gambang, Pahang. Kira-kira 35km dari bandar Kuantan. Kampus ini merupakan kampus sementara buat pelajar UMP dimana kampus tetap dalam proses pembinaan di Pekan, Pahang. Gambar dibawah merupakan pandangan di hadapan blok W yang menempatkan dewan kuliah utama dan dewan kuliah sederhana.

Manakala gambar yang kelihatan dibawah ini merupakan bengkel-bengkel bagi setiap falkulti dimana bangunan tersebut merupakan bekas kilang yang pernah digunakan untuk memproses alatan eloktronik.
Gambar di bawah ini pula merupakan blok X dimana juga menempatkan dewan kuliah. Bangunan ini turut diubahsuai untuk menempatkan makmal komputer pada aras atas. Oleh itu, penambahan rasuk dibuat pada setiap tiang.

Ini pula pandangan daripada blok C2 yang kelihatan gelanggang bola kerajang dan futsal. Laluan ini digunakan oleh pelajar untuk ke blok X, Y, Z dan W.

Ini adalah suasana malam di kawasan blok W.


Wednesday, October 15, 2008

Sultan Ahmad Shah State Mosque In Kuantan

It was constructed between 1991 and 1993 by DZJ Architect and Associates. When it was completed, it faced numerous problems including water leaking from the roof but was eventually repaired.


The second picture was taken from back view and not enough time for me to capture the picture from inside.

Thursday, August 28, 2008

Beautiful City In The World

Can u see that beautiful place? Can u guess where is the place? ..... Maybe in Malaysia? Or in Kelantan? ... =)

Actually..

This place is Esfahan city that located in Iran. Maybe this place not too common to the person who are not interesting about building. For me, as engineering student, i am very craving to a beautiful architecture designing.

So here, i would like to write about this place. As u can see, this picture just a portion of Esfahan place. The age of the place is about more than 1000 years. Many history we can learn here if u are interesting with historical subject in high school. hehe.


In Iran, Esfahan just nearby with Zagros mountain and 1,570 metres from sea level. This location has made Esfahan to have blue sky and fresh air along every year. Also, the mountain that located surrounding this city make Esfahan be an amazing place with precious view.

Zayandeh Rud river that elongation from west to east with 360km long and pass through Esfahan become touching place for thousands duck give the place with unique look.
This place also become a heaven for tourist to shopping some elective thing.


p/s: from now, this blog will be the blog for my English subject. so, i have to write in english so that my teacher will give me a special marks even though my grammar is lower. hehe