Sunday, December 21, 2008

Sukhoi 'Bermegah' Di Pasir Puteh, Kelantan.

Sukhoi SU-30 MKM merupakan sebuah jet berteknologi tinggi atau lebih dikenali sebagai pesawat pemintas. Malaysia dan Rosoboronexport menandatangani kontrak untuk membeli 18 pesawat Sukhoi SU-30 MKM pada Mei 2003 dengan harga sekitar AS$ 900 juta. Sehingga Disember 2007, Malaysia telah pun menerima 6 buah pesawat ini dan ditempatkan di Gong Kedak, daerah Pasir Puteh, Kelantan

Sekarang ini pun, Gong Kedak sedang pun diperluas bagi memuatkan lagi Jet Sukhoi yang bakal diterima oleh Malaysia. Pesawat ini dioperasikan oleh Skuadron ke-11, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Gambar di bawah ini diambil ketika Sukhoi sedang melakukan latihan penerbangan dia ruang udara Pasir Puteh, Kelantan. Aku hanya perlu keluar ke belakang rumah untuk melihat pesawat Sukhoi yang sedang terbang sambil mengambil gambar menggunakan kamera Sony Cybershot DSC-W110 yg tidak berapa bagus untuk ambil imej jarak jauh.



Kelajuan Sukhoi semasa beraksi memang amat laju jika dibandingkan dengan pesawat lain yang turut melakukan latihan di ruang udara ini. Kadang-kadang terasa gegaran di jantung ketika ianya berada di atas kepala kita.

Bagi memastikan jet yang terbang itu adalah Sukhoi, aku telah mencari sekeping gambar Sukhoi di internet dan membandingkannnya dengan gambar yang telah aku ambil tempoh hari. So, memang ternyata benarlah itu adalah Sukhoi yang telah pun membanggakan Malaysia dan turut berjaya menghantar seorang angkasawan rakyat Malaysia ke ISS.

Wednesday, December 10, 2008

Aidiladha - Sanggup Berkorban

Sambutan Aidiladha adalah Hari Raya bagi umat Islam untuk beramal dan beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala demi untuk menguatkan lagi keimanan, ketaqwaan dan sifat tawaduk kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala. Oleh itu agama Islam mensyariatkan dan menganjurkan amalan bertakbir iaitu mengagungkan kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala, bertahmid iaitu memuji kebesaran Allah Subhanahu Wata’ala, bertasbih iaitu mensucikan Allah Subhanahu Wata’ala dari sebarang kesyirikan. Agama Islam juga mensyariatkan untuk melakukan ibadah korban kepada mereka yang berkemampuan pada bulan Zulhijah ini dengan ditentukan hari-harinya iaitu pada 10 Zulhijah dan Hari-hari Tasyrik 11, 12, 13 Zulhijah.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Sebagaimana yang kita maklum, pada bulan Zulhijah ini, ada dua perkara besar yang dianjurkan dalam Islam iaitu ibadat haji dan ibadat korban. Kedua-dua ibadah ini sudah setentunya memerlukan pengorbanan khususnya dari segi perbelanjaan dalam melaksanakan ibadat tersebut. Pengorbanan ini adalah semata-mata pengabdian kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Adz-Dzaariyaat ayat 56 tafsirnya:
“Dan ingatlah Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku."

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Sesungguhnya perintah ibadat atau amal soleh itu akan dapat menyuburkan iman dan taqwa. Orang yang beriman dan tertaqwa akan bersedia menjunjung segala perintah Allah Subhanahu Wata’ala demi untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan hidup yang diredai Allah Subhanahu Wata’ala di dunia dan di akhirat. Mereka juga bersedia berkorban apa saja demi kecintaan dan ketaatan kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan Rasul-Nya. Mereka sanggup berkorban masa, tenaga, ilmu, harta, wang ringgit, jiwa raga, fikiran, hatta berkorban kepentingan diri dan juga perasaan.

Sedutan text dari laman web... http://www.brunet.bn/news/pelita/AIDIL.HTM

Wednesday, December 3, 2008

Mengapa tidak menghantar Manusia ke Marikh?


Kekangan dan risiko yang akan dihadapi jika manusia dihantar Marikh (12/1/04)

Oleh: Azli Paat


Penerokaan planet Marikh sedang menjadi tajuk perbincangaan semasa pada pengiat astronomi. Kenderaan angkasa yang telah pun mendarat pad 3 Jan lepas telahpun bersiap untuk memantau kawasan di Planet tersebut.

Ini bukan merupakan pertama kali sebuah objek telah dehantar ke planet Marikh. Kali pertama adalah Satelit Viking 1 pada tahun Aug 20 1975, dan Viking 2 pada tahun 1976. Objek yang pertama dapat mendarat di Planet Marikh adalah adalah Pathfinder yang telah mendarat pada tahun 1997. Ia telah dapat menghantar gambar gambar yang diambil dari permukaan Planet tersebut.

Jika sebuah objek telah pun dihantar sebelum ini, mengapa kali ini mereka tidak pula menghantar manusia seperti mereka meneroka bulan dahulu?

Risiko penghantaran

Setakat ini sebanyak 30 objek telah dihantar ke Planet tersebut hanya 2/3 sahaja yang sampai. Yang lain hilang, dan tidak dapat dikesan. Menghantar manusia merupakan satu risiko yang agak tinggi buat masa ini.

Kos

Untuk menghantar robot sahaja memerlukan lebih kurang US400 juta atau US1 juta setiap pound. 1 pound adalah 2.2 kilo jadi setiap 1 kg muatan yang dihantar akan menelan belanja lebih kurang US500 ribu. Ini tidak lagi dimasukkan kos makanan, perubatan dan juga sistem sokongan kehidupan.

Perkiraan kasar adalah, kita memerlukan lebih kurang US100 billion untuk menghantar manusia ke planet Marikh.

Penghantaran Pulang

Angkasawan yang dihantar mungkin harus menetap disana, ini kerana tidak terdapat bahan-api dan tenaga yang dapat membawa mereka pulang dan dan melalui perjalanan yang jauh. Jika bahan api untuk pulang terpaksa dibawa dari bumi, kos seluruh misi itu akan meningkat dengan lebih tinggi.

Dedahan kepada radiasi semasa didalam perjalanan.

Planet Marikh tidak mempunyai halangan radiasi daripada angkasa lepas tidak seperti bumi, jika manusia dapat dihantar ia mungkin tidak dapat hidup untuk melakukan tugasnya akibat daripada kesan daripada radiasi tersebut.

Walaubagaimanapun ini tidak bermakna ianya mustahil, para saintis akan sentiasa berusaha untuk mengatasi masaalah yang dihadapai, segala maklumat yang didiperolehi daripada setiap misi akan digunakan untuk memperbaiki misi yang akan datang.


© Azli Paat 2004 www.grabix.net/azli

Sunday, November 30, 2008

Latihan Dikir Barat KMM Sesi 07/08



So, for your information, ni lah satu-satu nya group dikir barat Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) sesi 2007/2008.. Kalu korang cekap, korang leh cari ner satu aku dalam video nie.. tgh bertepuk.. hehe~ have a nice day.. just want to share with others.

Saturday, November 29, 2008

Sejarah Permainan Teki-Teki Mekanik

Pada tahun 1974, Erno Rubik yang merupakan arkitek dan pereka bangunan yang berasal dari Hungaria telah mereka sebuah mainan teka-teki mekanik seperti gambar di-atas (3x3x3) atau nama gelarannya adalah Kiub Piawai. Pada mulanya beliau menciptakan kubus ini untuk menyelesaikan masalah geometri 3D. Akhirnya, model kubus ini dijadikan permainan dan diakui ramai sebagai 'The Coolest Brand' pada tahun 2007.

Antara jenis-jenis adalah,

1. Kiub Poket - (2x2x2)
2. Kiub Piawai - (3x3x3)
3. Dendam Rubik - (4x4x4)
4. Kiub Profesor - (5x5x5)

(*rujuk http://ms.wikipedia.com).

Namun, ada syarikat pengeluar alat mainan cuba mengeluarkan jenis Rubik, (11x11x11).

Cara penyelesaiannya boleh dilakukan dalam pelbagai cara, ada yang menyelesaikan secara lapisan demi lapisan atau secara serentak. Mungkin mereka yang dah mahir memutarkan rubik, sudah pasti dapat menyelesaikannya dalam masa yang singkat.

Anda boleh mengunjungi website ini untuk belajar cara-cara menyelesaikan Rubik.

NinjaMerah's Website

Thursday, November 27, 2008

Teori Letupan Besar (Big Bang)


Tahun 1929 merupakan tahun yang paling bersejarah bagi para saintis astronomi. Dimana Edwin Hubble membuat penemuan yang amat besar bagi merumuskan teori Big Bang. Ketika mengamati bintang-bintang di langit dengan teleskop raksasanya, ia menemukan cahaya merah dari bintang itu sesuai dengan kedudukan jaraknya.

Menurut hukum fisika yang diketahui, spektrum dari sumber cahaya yang sedang bergerak mendekati pemerhati adalah cenderung ke warna ungu, sedangkan yang menjauhi pemerhati cenderung ke warna merah. Ini bermakna, bintang-bintang tersebut bergerak menjauhi kita malah, menjauhi antara satu sama lain tanpa perlanggaran. Contohnya ambil satu belon kemudian lukis satu titik besar pada belon tersebut lalu tiupkannya. Apa yang dapat kita amati semasa permukaan belon tersebut mengembang, adalah titik tadi kelihatan turut mengembang dan menjauhi antara satu sama lain.

Melalui hukum fisiki ini (Doppler Effect), Edwin juga mampu untuk mengira kelajuan galaksi bergerak serta jaraknya dari bumi (tempat pemerhati berdiri). Semakin meningkat jumlah cahaya merah, semakin meningkat kelajuan galaksi. Serta, semakin meningkat jumlah cahaya merah, semakin jauh jarak objek tersebut dari bumi.

Mengapa objek-objek bergerak menjauhi antara satu sama lain?

Sekiranya kita dapat mengunduri masa, pasti kita dapat fikirkan bahawa objek-objek ini berasal dari satu titik seperti perumpamaan belon tadi. Belon yang anda tiup tadi, cuba lepaskan angin dan perhatikan titik yang mengembang tadi. Sudah pasti ianya berasal dari satu titik. Begitulah dengan alam semesta kita, objek-objek dalam galaksi kita sebenarnya bergerak dari satu titik yang sama. Titik ini berisi semua material alam semesti serta kepadatannya adalah tak terhingga. Alam semesta kita telah terbentuk dari satu ledakan titik tunggal ini lalu ianya dinamakan Big Bang pada 13-15 billion tahun dahulu.

Para saintis terus mencari bukti lain mengenai Big Bang. Pada tahun 1948, Gerge Gamov membuat satu persoalan tentang Big Bang. Ia mengatakan sepatutnya sisa radiasi melalui ledakan raksasa (Big Bang) haruslah tersebar merata di segenap penjuru alam semesta. Namun, pada tahun 1965, dua peneliti galaksi, Arno Penziaz dan Robert Wilson menemukan gelombang ini tanpa sengaja. Radiasi ini yang disebut sebagai 'radiasi latar kosmis' tidak terlihat memancar dari satu sumber tertentu, akan tetapi meliputi keseluruhan ruang angkasa. Kalu ianya bukan radiasi Big Bang, sudah pasti ianya perlu dipancarkan dari sumber tertentu.

Pada tahun 1989, NASA menghantar satelit Cosmic Background Explore (COBE) ke ruang angkasa untuk meneliti terhadap radiasi latar kosmis. Lebih mengejutkan, hanya 8 minit diperlukan oleh COBE untuk membuktikan pernemuan Penziaz dan Wilson yang menerima anugerah nobel disebabkan penemuan mereka. COBE telah menemukan sisa ledakan raksasa yang telah terjadi di awal pembentukan alam semesta.

Fisikawan yang terkanal, Prof Stephen Hawking mengatakan dalam bukunya A Brief History of Time, bahawa alam semesta dibangun berdasarkan perhitungan dan keseimbangan yang lebih akurat dari yang dapat kita bayangkan. Merujuk kepada kecepatan mengembangnya alam semesta, Hawking berkata, " Jika kecepatan pengembangan ini berkurang walaupun satu detik, meskipun hanya sebesar angka satu per-seratus ribu juta (1/100 000 000 000), alam semesta ini akan runtuh sebelum pernah mencapai ukurannya yang sekarang."

Apa pula kata agama tentang teori Big Bang? Nantikan post yang seterusnya, Big Bang dikaitkan dengan isi kandungan al-Quran yang diturunkan sebelum lahirnya Albert Einstein ataupun sebelum penemuan Edwin Hubble. =)

New Blog Card Launched.

Wednesday, November 26, 2008

Teori Keadaan Tetap (Steady State)


"Alam semesta bukanlah sesuatu yang diciptakan. Jika ia diciptakan, ia sudah pasti diciptakan oleh Tuhan dengan seketika dan dari ketiadaan," kata filosif materialis George Politzer dalam bukunya yang berjudul, Principes Fondamentauz de Philosophie.

Disebabkan terlalu taksub dengan keyakinan bahawa "Tuhan tidak wujud", kaum materialis terus mempertahankan bahawa teori Big Bang adalah tidak benar sama sekali. Mereka tetap yakin bahawa alam semesta bukanlah sesuatu yang diciptakan malah mengatakan alam ini sudah sedia ada dalam keadaan statik.

Mereka juga berkata alam semesta adalah tak terhingga atau dengan kata lain, infiniti serta ianya dalam keadaan statik, luas tak terbatas, tak berkembang dan kekal dari dulu sampai selamanya. Itulah yang dipertahankan oleh kaum materialis.

Seorang lagi fisikawan materialis terkenal, Arthur Eddington mengungkap pernolakan terhadap teori Big Bang, "Secara filosofis, gagasan tentang permulaan tiba-tiba dari tatanan Alam yang ada saat ini sungguh menjijikan bagi saya."

Manakala, Sir Fred Hoyle (ahli materialis) adalah yang paling terganggu oleh teori Big Bang.Pada abad ke-20, dialah yang mengemukakan Teori Keadaan Tetap (Steady State) yang mirip dengan teori yang dikemukan oleh materialis yang sebelum ini di abad ke-19 dahulu. Teori ini sememangnya sama dengan kepahaman materialis sebelum ini.

Pemikiran materialisme ini tersebar luas pada abad ke-19 dan Polizter menganggap dirinya sedang mengemukakan sebuah pernyataan ilmiah. Namun pada abad ke-20, kepahaman ini mula goyang kerana bukti terhadap teori Letupan Besar (Big Bang) mulai muncul. Adanya teknologi yang lebih maju berjaya mengesan pergerakan alam semesta.

Selepas ini, nantikan post tentang Teori Big Bang yang berjaya membuktikan bahawa Teori Steady State adalah gagal. =)

Tuesday, November 25, 2008

The Origin Of The Universe.

Yang ketahui, terdapat 2 teori yang menjelaskan asal usul terjadinya alam semesta. Antaranya adalah:

1) Teori Big Bang
2) Teori Steady State

Tetapi yang paling popular adalah Teori Big Bang yang menjelaskan bahawa alam semesti ini terjadi oleh satu letupan yang kuat diantara 30 billion - 50 billion tahun dahulu. Teori ini sebenarnya dikemukakan Albert Einstein (abad ke-20) yang dsimpulkan dari pengiraan hukum fiziknya. Dia berkata, alam ini tidak mungkin dalam keadaan statik. Namun, dia berdiam diri terhadap penemuan ini kerana memikirkan bahawa ianya bertentangan dengan model alam semesta statik yang diakui luas pada waktu itu. Di kemudian hari, Einstein menyerdari bahawa tindakannya itu merupakan satu kesalahan yang terbesar dalam kariernya.

Manakala teori Steady State dikemukakan oleh Sir Fread Hoyle (pertengahan abad ke-20) yang merupakan kaum materialis. Kaum ini menolak sekeras-kerasnya teori Big Bang dan mengatakan bahawa alam semesta ini berada dalam keadaan statik dan keluasanya terbatas serta tiada permulaan alam semesta dan tiada perakhirannya.

Diantara dua teori ini, yang manakah anda lebih bersetuju? Segalanya akan terungkai nanti di dalam post yang akan datang. Yang pasti teori Big Bang mengatakan alam ini dicipta oleh yang Maha Pencipta manakala teori Steady State mengatakan sebaliknya. Sama-samalah kita berfikir.

Monday, November 24, 2008

Pasar Tani Wakaf Che Yeh - Kelantan

Pasar Tani Wakaf Che Yeh diadakan pada pagi hari jumaat dimana negeri Kelantan sedang bercuti hujung minggu. Wakaf Che Yeh terletak sejauh 5km dari pusat bandar.

Banyak gerai jualan pakaian, makanan serta keperluan harian yang lain dijual disini. Wakaf Che Yeh sudah pun dinaik taraf oleh kerajaan negeri bagi memberi kemudahan peniaga dan pembeli. Bangunan yang anda dapat lihat ini baru sahaja disiapkan pada tahun ini (2008) yang menelan belanja RM70 juta serta hanya mampu menampung peniaga seramai 300 sahaja.
Selain pasar tani, anda juga boleh mengunjungi kedai-kedai sini pada setiap pagi, petang dan malam.