Thursday, August 28, 2008

Beautiful City In The World

Can u see that beautiful place? Can u guess where is the place? ..... Maybe in Malaysia? Or in Kelantan? ... =)

Actually..

This place is Esfahan city that located in Iran. Maybe this place not too common to the person who are not interesting about building. For me, as engineering student, i am very craving to a beautiful architecture designing.

So here, i would like to write about this place. As u can see, this picture just a portion of Esfahan place. The age of the place is about more than 1000 years. Many history we can learn here if u are interesting with historical subject in high school. hehe.


In Iran, Esfahan just nearby with Zagros mountain and 1,570 metres from sea level. This location has made Esfahan to have blue sky and fresh air along every year. Also, the mountain that located surrounding this city make Esfahan be an amazing place with precious view.

Zayandeh Rud river that elongation from west to east with 360km long and pass through Esfahan become touching place for thousands duck give the place with unique look.
This place also become a heaven for tourist to shopping some elective thing.


p/s: from now, this blog will be the blog for my English subject. so, i have to write in english so that my teacher will give me a special marks even though my grammar is lower. hehe

Sunday, August 17, 2008

Semua Yang Berlaku Ada Sebabnya.

Adakah anda selalu merasa sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan anda hanyalah hiasan dan berlaku tanpa sebab? Kenapa lalat hinggap di atas kulit kita? Kenapa kain jemuran di ampaian jatuh ke tanah? .. Bagi sesetengah orang, mereka memikirkan perkara2 seperti ini berlaku tanpa sebab. Padahal ada maksud yang terkandung dalam peristiwa tersebut. Samada kita sedari atau tidak disedari.Cuba anda berdiri di tepi jalan raya yang banyak kenderaan lalu-lalang. Tanpa berfikir panjang, mesti anda akan terfikir yang kereta itu hanya bergerak di atas jalan raya. Kemudian, cuba anda fikir secara lebih mendalam, kenapa kereta itu menuju ke arah kiri, kenapa kereta itu menuju ke arah kanan. Walaupun kadar bilangan kereta yang bergerak di atas jalan raya adalah 1 kenderaan per saat, mereka tetap ada tujuan dan objektif tersendiri.

Ada yang ingin ke pasar untuk membeli ikan, ada yang ingin ke sekolah mengambil anak, ada yang ingin ke kota untuk bersiar-siar. Cuma secara luaran je kita nampak kereta bergerak dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri.

Contoh yang seterusnya, cuba anda pandang ke arah pokok-pokok. Ada yang tinggi, ada yang rendah, ada yang tiada daun, ada yang lebat daunnya, ada yang lebat juga buahnya. Semuanya ada sebab-sebab tertentu jikalau kita pandang secara dalaman. Mungkin pokok yang lebat daunnya adalah untuk kegunaan ubat-ubatan, pokok yang lebat buahnya untuk dibuat makanan dan minuman, pokok yang tiada daun untuk ditebang, serta pokok yang tinggi2 mungkin untuk dihuni oleh habitat lain.

Sebenarnya, setiap yang kita pandang, setiap detik masa mata yang memandang sesuatu, ada sebabnya yang telah ditetapkan oleh yang Maha Pencipta untuk kebaikan manusia sendiri. Cuma ianya disedari, atau tidak disedari. Bagi mereka yang tidak matang dalam berfikir, (lack of thinking knowledge) mereka akan menganggap bahawa perkara sedih yang menimpa mereka itu adalah satu bentuk keburukan. Padahal, mungkin perkara itu adalah satu peringatan buatnya supaya kembali ke pangkal jalan ataupun peringatan untuk berhati-hati di hari esok terhadap perkara yang lebih besar berlaku.

Mungkin ada yang pernah gagal semasa ujian pertengahan tahun. Kita sepatutnya memikirkan bahawa perkara ini mungkin sebagai peringatan untuk kita bersedia untuk peperiksaan akhir tahun berdasarkan pengalaman lalu agar kita mendapat kecemerlangan yang besar.

Apa yang saya ingin simpulkan disini, samada perkara itu amat memedihkan bagi anda, sebenarnya akan tetap ada sebabnya. Tuhan menghantar mesej dalam bentuk sedemikian supaya umatnya berfikir dan sebab itulah diciptakan otak dan akal untuk kita. Sama juga ayat di dalam al-Quran, ada yang tersurat, dan ada yang tersirat. Sebenarnya adalah untuk menyebabkan seseorang itu berfikir. Kenapa manusia itu perlu berfikir? Sebab supaya otak kita menjadi cergas dan ligat dalam menyelesaikan sesuatu ujian yang diturunkan kepada manusia. Kenapa pula kita perlu kepada ujian? Sebab tuhan ingin mencipta sebab kenapa golongan ini perlu masuk syurga, dan kenapa golongan ini perlu masuk neraka. Semuanya tetap bersebab.