Saturday, November 21, 2009

Teori Hanyutan Benua



Alfred Wagener telah mengemukakan satu teori yg mengatakan bahawa kerak bumi ini selalu bergerak dan bergerak. Teori ini dikenali sebagai Teori Hanyutan Benua. Pada 200 juta tahun dahulu, Bumi ini hanya mempunyai satu daratan yang luas. Ianya dipanggil Pangaea. Kerak bumi ini sentiasa bergerak disebabkan pergerakan magma di bawah kerak bumi. Segmen kerak bumi ini dikenali sebagai Plat tektonik. Kemudian kekuatan dari dalam bumi telah memecahkan kerak bumi menjadi pecahan-pecahan yang mirip mainan puzzle, menuju ke kedudukannya seperti sekarang, dan bentuk puzzle benua ini akan terus bergerak.

Petikan dari al-Quran

"Dan Engkau lihat gunung-gunung itu, engkau sangka gunung-gunung itu diam ditempatnya, padahal gunung-gunung itu berjalan seperti jalannya awan."

(QS. An Naml ayat : 88 )

Thursday, March 19, 2009

Kapal Discovery tiba di ISS


WASHINGTON 18 Mac - Kapal angkasa Discovery berlabuh di stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) kira-kira pukul 5.19 pagi waktu Malaysia pagi ini, bagi misi menghantar krew makmal pertama Jepun bersama panel suria untuk melengkapkan pembinaan stesen tersebut.

Kapal tersebut berlabuh enam minit lewat daripada waktu jangkaan asal. Biarpun berlaku sedikit masalah komunikasi antara ISS dengan pusat kawalan misi di Houston, percantuman Discovery dengan ISS berjalan lancar.

Ketibaan Discovery itu disambut tiga krew terdiri daripada dua angkasawan Amerika Syarikat (AS) dan seorang dari Rusia.

Komander Discovery, Lee Archambault mula mengendalikan kapal angkasa itu ke posisi merapati ISS satu jam sebelum berlabuh.

Sepanjang 13 hari misi, krew Discovery termasuk Koichi Wakata yang bakal menjadi angkasawan Jepun yang pertama paling lama tinggal di ISS, akan memasang dua panel solar di stesen itu, satu daripada peringkat penting terakhir dalam pembinaannya yang telah mengambil masa lebih sedekad.

Menurut pelan asal Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), kerja-kerja pemasangan panel solar itu memerlukan masa selama lebih enam jam setiap satu oleh dua kumpulan angkasawan dalam empat perjalanan angkasa lepas.

NASA berkata, selepas pelancaran Discovery ditangguhkan minggu lalu berikutan kebocoran hidrogen, panel solar terbabit dijadual dipasang dalam tempoh tiga perjalanan angkasa lepas bermula dengan bahagian pertamanya esok.

Sepasang panel solar tersebut mengandungi 32,800 sel solar dan berukuran 35 meter panjang.

Setelah siap dipasang kelak, ia mampu menyalurkan bekalan elektrik yang cukup bagi eksperimen-eksperimen saintifik selain menyokong pertambahan enam lagi krew stesen itu yang dijangka tiba pada Mei depan. - AFP

Tuesday, March 17, 2009

ISS Bakal Diperluas



CAPE CANAVERAL, Florida 16 Mac - Kapal angkasa Discovery berjaya dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy di sini awal pagi ini dengan membawa bersama panel suria yang akan dipasang bagi memperbesar ruang bagi persediaan penambahan krew di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Kapal angkasa Discovery dilancarkan pada pukul 7.43 malam (7.43 pagi ini waktu Malaysia) dan memasuki orbit lapan minit kemudian. Perjalanan ke stesen ISS dijangka mengambil masa selama dua hari.

Pengarah Misi Pelancaran, Mike Leinbach berkata, pelancaran itu berjalan dengan sempurna.

"Saya telah melihat banyak pelancaran... dan ini merupakan pelancaran yang paling cantik dilihat. Ia menakjubkan," katanya pada pemberita dalam satu sesi taklimat di sini.

Misi ke ISS itu, merupakan tugasan utama terakhir dalam usaha selama sedekah untuk membina stesen tersebut telah tertangguh berikutan kebocoran hidrogen minggu lalu, setelah dijadualkan berlepas pada Rabu lalu.

Pegawai-pegawai NAS berkata, masalah itu telah diperbaiki dan tiada kerosakan berulang yang dikesan.

Penangguhan tersebut bermakna Discovery telah tertangguh pelancarannya sebanyak lima kali sejak 12 Februari lalu.

Apabila panel solar itu dipasang kelak, stesen ISS itu akan beroperasi sepenuhnya dan boleh menempatkan enam angkasawan sekali gus berbanding tiga sekarang.

Tenaga tambahan daripada panel solar berkenaan akan membekalkan tenaga untuk makmal-makmal di dalam ISS.

Misi terbaru ini juga membolehkan pertukaran angkasawan iaitu menukarkan angkasawan pertama Jepun, Koichi Wakata dengan angkasawan AS, Sandra Magnus yang telah bertugas di ISS selama empat bulan. - AFP

Friday, January 2, 2009

Israel. Bangsa Paling Bodoh Dan Paling Tidak Berperikemanusian.


Petikan dari utusan.com.my.. sebuah akhbar terbitan rakyat Malaysia..

"Masjid jadi sasaran Yahudi

BAITULMAQDIS 1 Jan. – Masjid dan kawasan ibadat umat Islam tidak terkecuali daripada menjadi sasaran serangan tentera Israel di Genting Gaza yang memasuki hari keenam, hari ini.

Tindakan menyerang masjid dan tempat ibadat umat Islam itu dibuat selepas Israel mendakwa terdapat pejuang Palestin yang menyalahgunakan kawasan berkenaan sebagai pusat pemerintahan tentera dan stor simpanan senjata.

Ketua Khidmat Keselamatan Shin Bet, Yuval Diskin memberitahu Kabinet Israel semalam bahawa pemimpin Hamas bersembunyi di masjid dengan anggapan tentera Zionis tidak akan menyerang mereka di kawasan suci tersebut.

Keadaan itu menyebabkan tentera Yahudi turut menjadikan masjid-masjid sebagai sasaran serangan.

Setakat ini serangan itu memusnahkan lima buah masjid dan dua dewan ibadat.

Israel sebelum ini sering menjadikan tempat suci umat Islam ini sebagai sasaran walaupun tindakan itu berpotensi untuk menyemarakkan kemarahan penduduk Islam di seluruh dunia.

Terbaru semalam, serangan oleh pesawat perang Israel telah memusnahkan Masjid Tel Al-Hawa.

Penduduk Palestin dan jemaah masjid berkenaan membantah keras tindakan tersebut dan menafikan ia digunakan sebagai markas tentera.

“Tindakan itu merupakan satu penghinaan terhadap seluruh umat Islam,’’ kata seorang penduduk, Iyad Akram.

Sementara itu, Perdana Menteri, Ismail Haniyeh berkata, Israel perlu menghentikan serangan ke atas Gaza sebelum sebarang cadangan melaksanakan perjanjian damai dapat dipertimbangkan oleh Palestin.

Katanya, serangan ganas tentera Zionis ke atas wilayah Palestin perlu ditamatkan tanpa sebarang syarat dan selepas itu barulah rundingan damai dilakukan.

“Kedua, kepungan perlu dihentikan dan semua pintu sempadan perlu dibuka semula kerana kepungan itu merupakan ibu kepada semua masalah di Gaza,” tegas Ismail.

Ismail dalam nada tegas turut menyatakan, pejuang Islam yang mengawal Genting Gaza akan menang dalam peperangan menentang Israel.

“Kami ingin memberitahu penduduk Palestin di Gaza dan di mana jua bahawa kita akan menang dalam peperangan ini.

“Kemenangan semakin hampir dan insya-Allah ia lebih cepat daripada yang anda semua fikirkan,” tegas beliau.

Perdana Menteri itu menyatakan perang ini bukan serangan biasa tetapi merupakan peperangan sebenar di luar batasan moral, prinsip dan juga undang-undang.

“Perang ini merupakan satu peperangan menghapuskan penduduk Palestin di Genting Gaza,” katanya.

– Agensi"

Begini lah dunia sekarang, orang barat memandang Palestin sebagai pengganas, manakala orang timur memandang Israel sebagai pengganas. Sedangkan, Palestin hanya berjuang untuk mempertahankan diri menggunakan senjata yang tidak secanggih mana. Israel pula melakukan serangan habis-habisan menggunakan kereta kebal, jet, serta senjata yang canggih-canggih.

Kalu lah mereka ingin berperang, berperang lah dengan cara yang betul. Jangan melibatkan rakyat biasa yang tidak bersalah serta anak-anak yang masih bersekolah. Berperang lah di tempat yang tiada penduduk awam seperti mana Rasulullah s.a.w hanya berperang di padang pasir yg hanya melibatkan askar-askar.

Jikalau mereka ingin menawan sesuatu kota, tawan lah dengan cara yang betul seperti mana Rasulullah s.a.w. menawan Kota Suci Mekah tanpa melibatkan pertumpahan darah.

Aku tulis menggunakan huruf bersaiz besar supaya ianya diberi perhatian oleh semua orang. Buatlah yg semampu kita. Paling kurang, berdoalah buat mereka.. Berdoa untuk Palestin, supaya mereka selamat dan berdoa untuk israel supaya mereka insaf dan sedar. Berdoalah, inilah senjata orang-orang mukmin.

Thursday, January 1, 2009

Perkahwinan Sepupuku Di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Lumrah alam yang telah ditetapkan oleh-Nya membuat manusia ataupun makhluk lain perlu hidup berpasangan. Tuhan telah menciptakan makhluk yang terdiri dari dua jenis iaitu lelaki dan perempuan. Samada lelaki mencari perempuan ataupun perempuan sendiri yang mencari lelaki, namun ianya perlu dilaksanakan pada landasan yang betul sepertimana yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. Islam juga mengajar umatnya untuk berkahwin sekiranya kedua-dua pasangan sudahpun mencapai akil baligh serta mampu untuk memberi nafkah zahir dan batin. Kedua-dua pasangan juga perlu kepada persetujuan tanpa paksaan.

Sebelum pasangan tersebut hidup bersama, pengantin lelaki perlulah diakad nikah kan oleh wali ataupun wali mewakilkan kepada Tok Kadi. Semasa pengantin lelaki melafazkan akad nya, ianya perlulah disaksikan oleh beberapa orang saksi yang akan memastikan ianya sah ataupun tidak. Pada masa kini, sebelum berlangsungnya upacara akad nikah, para pengantin, wali serta saksi perlulah mengisi beberapa dokumen.


Selepas upacara akad nikah, kebiasaannya pengantin lelaki akan menyarungkan cincin kepada pengantin perempuan dan akan dibalas kembali oleh pengantin perempuan. Pengantin lelaki juga akan menghulurkan mas kahwin kepada pengantin perempuan seperti mana yang dipersetujui sebelum majlis nikah berlangsung.

Gambar yang anda boleh lihat dibawah ini merupakan mas kahwin yang digubah berbentuk seolah-olah seperti bunga.

Tidak ketinggalan juga, pengantin lelaki akan mencium pengantin perempuan selepas menyarung cincin dan penyerahan mas kahwin.

Para pengantin juga akan saling bertukar hantaran. Gambar pertama merupakan hantaran dari pihak pengantin lelaki dan yang kedua adalah dari pihak perempuan. Ini merupakan adat resam orang melayu yang telah diamalkan sejak zaman dulu lagi.


Dan gambar yang terakhir memaparkan tetamu yang hadir sewaktu upacara akad nikah yang terdiri dari saudara mara yang terdekat dari kedua-dua belah pihak pengantin.