
Ada yang ingin ke pasar untuk membeli ikan, ada yang ingin ke sekolah mengambil anak, ada yang ingin ke kota untuk bersiar-siar. Cuma secara luaran je kita nampak kereta bergerak dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri.
Contoh yang seterusnya, cuba anda pandang ke arah pokok-pokok. Ada yang tinggi, ada yang rendah, ada yang tiada daun, ada yang lebat daunnya, ada yang lebat juga buahnya. Semuanya ada sebab-sebab tertentu jikalau kita pandang secara dalaman. Mungkin pokok yang lebat daunnya adalah untuk kegunaan ubat-ubatan, pokok yang lebat buahnya untuk dibuat makanan dan minuman, pokok yang tiada daun untuk ditebang, serta pokok yang tinggi2 mungkin untuk dihuni oleh habitat lain.

Mungkin ada yang pernah gagal semasa ujian pertengahan tahun. Kita sepatutnya memikirkan bahawa perkara ini mungkin sebagai peringatan untuk kita bersedia untuk peperiksaan akhir tahun berdasarkan pengalaman lalu agar kita mendapat kecemerlangan yang besar.
Apa yang saya ingin simpulkan disini, samada perkara itu amat memedihkan bagi anda, sebenarnya akan tetap ada sebabnya. Tuhan menghantar mesej dalam bentuk sedemikian supaya umatnya berfikir dan sebab itulah diciptakan otak dan akal untuk kita. Sama juga ayat di dalam al-Quran, ada yang tersurat, dan ada yang tersirat. Sebenarnya adalah untuk menyebabkan seseorang itu berfikir. Kenapa manusia itu perlu berfikir? Sebab supaya otak kita menjadi cergas dan ligat dalam menyelesaikan sesuatu ujian yang diturunkan kepada manusia. Kenapa pula kita perlu kepada ujian? Sebab tuhan ingin mencipta sebab kenapa golongan ini perlu masuk syurga, dan kenapa golongan ini perlu masuk neraka. Semuanya tetap bersebab.
1 comment:
Assalamu'alaikum...
I'm agree with you. All creation has their own reason to be created. But the most important thing that we must know is:
In the name of Allah:
Allah said to the angels,"i want to create a 'khalifah' on the earth" the angels said "are you want to create something that might destroy the earth, eventhough we are always loyal to you?" Allah said,"i know what you all did'n know".
We are here to be a 'khalifah' that always 'Amar makruf' and 'nahi mungkar'.
We also must help each other if they needed and always be a one 'ummah' that always bring ISLAM whereaver we are and whatever we do. Be a muslim is not enough for us to enter the heaven, but it is easy if we are a truly 'mu'min'.
JAZAKALLAH
Post a Comment