Friday, July 25, 2008

Masa Bukanlah Sesuatu Yang Patut Kita Bazirkan

Pertama sekali dan selama-lamanya, saya ingin menyeru kepada pembaca sekalian untuk sama-sama bertawakal kepada Allah s.w.t. Dengan mengikut segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Saya ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemas kini blog ini kerana tiada kemudahan yang ada buat saya untuk menggunakan internet. Sekarang ini pun saya meminjam laptop sahabat saya untuk memberi sedikit pendapat tentang masa yang kebanyakkannnya dipandang remeh oleh generasi muda. Di mana mereka menganggap bahawa mereka mempunyai banyak masa. Oleh itu mereka melakukan banyak perkara yang tidak berfaedah.


Apa itu masa???
Masa sebenarnya merupakan ukuran tempoh perjalanan manusia. Masa itu tidak boleh dihentikan, diundur ataupun dipercepat. Semuanya telah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Esa. Namun masih ada golongan yang masih kurang sedar terhadap perkara ini. Mereka lalai dengan perkara tertentu, lalu tidak menyedari bahawa mereka semakin menunjuk ke satu saat pengakhiran. Walaupun kita tidak tahu bilakah kita akan meninggalkan alam dunia, namun kita perlulah bersedia terhadap segala apa yang patut kita lakukan seperti mana yang telah tercatat dalam kitab suci al-Quran.

Perkara yang dilakukan oleh seseorang yang dikatakan membazir masa.
Seperti mana yang saya alami, perkara yang amat gemar dilakukan ialah TIDUR YANG BERLEBIHAN. Perasaan malas dalam melakukan sesuatu akan ditangani dengan aktiviti tidur yang berlebihan. Sebenarnya kita sebagai manusia telahpun disarankan supaya tidur dalam likungan 5 atau 6 jam sehari sahaja. Sekiranya kita kurang atau terlebih dari tempoh itu, maka badan kita akan mengalami keletihan yang akan menyebabkan kita lembap dalam melakukan sesuatu.

Biasanya sekirang seseorang itu malas dalam melakukan sesuatu, contohnya kerja sekolah, atau assignment, pastinya mereka akan melabuhkan tubuh mereka di atas katil dan tidur dengan perasaan yang tidak memikirkan tentang masa. Padahal mereka masih boleh melakukan aktiviti lain yang boleh memberi mereka faedah samada di dunia mahupun di akhirat.

Namun begitu, kita memang perlu kepada tidur. akan tetapi, kita perlulah tidur di dalam tempoh seperti yang saya nyatakan di atas.

Faktor lain pula ialah, berborak tentang perkara yang tidak berfaedah, melakukan perbuatan yang tidak bermoral, menanggung kerja, tidak menunaikan kewajipan sebagai seorang yang beragama serta lain-lain yang sewaktu dengannya.

Tindakan yang sepatutnya kita lakukan.
Sementara kita masih lagi mempunyai banyak masa, marilah kita penuhi masa tersebut dengan aktiviti2 yang memberi faedah kepada kita. Contohnya bersembahyang, janganlah kita meninggalkan solat lima waktu kerana ianya amat merugikan. Memanglah kita boleh bertaubat di kemudian hari. Tetapi pernahkah kita terfikir bahawa berapa banyakkah amalan yang kita telah kumpul? sekiranya kita mula lebih awal dalam beribadat,maka semakin banyaklah amalan yang kita dapat kumpul jika dibandingkan dengan jumlah amalan kita sekiranya kita mula beribadat diwaktu sudah tua.

Renung-renungkanlah.....

3 comments:

free online lottery said...
This comment has been removed by a blog administrator.
lotto results said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Fadzrul Hisyam said...

Apakah bendanya yang...

...merupakan paling lambat, juga paling pantas...

...merupakan paling dekat, juga paling jauh...

...merupakan paling menyeronokkan, juga paling membosankan...

meruakan paling dimahukan, juga paling dibazirkan...

...merupakan paling berharga dalam setiap detik, saat, jam, hari, bulan, tahun, dan abad...

Itulah masa...

Wassalam