Sunday, April 27, 2008
10 SITUASI LELAKI YG HARUS WANITA FAHAMI
1. Bila si dia sibuk........
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di
tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.
2. Bila si dia ego.......
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap
sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui
dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.
3. Bila si dia romantik........
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam
di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan
pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan
bersama.
4. Bila si dia panas baran........
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan
marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.
5. Bila si dia penat.......
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam
saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa
dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.
6. Bila si dia pentingkan diri sendiri.........
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu
tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya
supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi
antara satu sama lain.
7. Bila si dia mengongkong.....
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau
menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu
perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri
asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.
8. Bila si dia selamba.......
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh
menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg
memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu
bagaimana utk menarik perhatiannya.
9. Bila si dia curang.....
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang,
bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi
kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg
berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.
10. Bila si dia lurus bendul......
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi
jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut
menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat
keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.
Pesanan Pizza Tahun 2020
Operator : terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot,boleh saya bantu ....
Pelanggan : heloo,saya nak pesan pizza
Operator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan seterusnya.
Pelanggan : OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331
Operator : Ok Encik Rahmat ,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan Hang Tuah no.16, Seksyen 18/34D, Shah Alam. nombor telefon rumah : 03 77726378, No pejabat : 03 51912870 ext 999 dan no telefon bimbit : anda 016-6666222 ,encik menelefon dari mana ?
Pelanggan : dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya ?
Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.
Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza - pekej family
Operator : Itu bukan idea yang bagus encik
Pelanggan : kenapa pulak ?
Operator : Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darah tinggi dan kolesterol yang berlebihan dari paras normal.
Konsumen : Jadi awak rekemenkan apa ?
Operator : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza
Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?
Operator : Hmmm minggu lalu pakcik baru pinjam buku yang berjudul "Popular Hokkien Dishes"dari perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.
Pelanggan : Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pekej family yg saya pesan tadi?
Operator : Tapi pekej family kami takkan cukup untuk anak encik yang berjumlah 7 orang ., jumlah keseluruhan adalah RM80.00
Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.
Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad Visa>pakcik> dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak RM4050.00 sejak bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuk tunggakan bayaran bulan rumah encik.
Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum penghantar pizza sampai , ke rumah saya.
Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun encik dalam kesemua empat bank iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public Bank menunjukkan baki kurang dari RM1.00
Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash kat sini. berapa lama Pizza akan di hantar ?
Operator : sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai pakcik.
Pelanggan : APA ????
Operator : Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun 2015 dengan no pendaftaran BWW 2114 betul kan pakcik ?
Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod org lain sesuka hati ni? ada yg nak kena belasah ni??!!,
Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan encik dah lupa tarikh 15 Mei 2010 pakcik pernah kena tahan lokap sebulan sebab bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza ALam Sentral, Shah Alam.
Pelanggan : (Terdiamm....)
Operator : Ada nak tambah yang lain encik ?
Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2 botol coca cola kan ?Operator : Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga mengidap DIABETES, jadi kami tidak mau mengambil sebarang risiko....
Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN>SAJA SEMUA !
Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk sebarang komen, kritikan dan pandangan, encik boleh mengisi form online pada website kami,username dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah kotak pizza yang encik pesan... terima kasih kerana telah menghubungi Pizza Hot....
Saturday, April 26, 2008
Kegagalan atau Kekecewaan - Bukan Masalah
pada malam ini, ingin saya huraikan tentang macam maner kita hendak menempuh setiap kegagalan atau pun kekecewaan yang akan kita tempuhi. Saya percaya bahawa setiap insan yang lahir ke atas muka bumi ini akan merasai detik-detik tekanan perasaan di sebabkan oleh kegagalan mahupun kekecewaan.
Contoh kegagalan yang saya amat percaya, setiap insan akan merasai iaitu kegagalan mendapat keputusan peperiksaan yang di impikan. Mungkin ada sesetengah di antara kita tidak merasa apa-apa disebabkan oleh ini, namun di sini yang ingin saya ketengahkan ialah kepada mereka yang selalu memikirkan dan merasa sedih yang terlampau di sebabkan kegagalanya ini.
Ok. Saudaraku.. Pertama sekali, dengarlah pepatah yang telah saya ambil dari sebuah buku "Memikirkan perkara yang telah berlalu merupakan suatu kebodohan dan kegilaan ibaratnya menggergaji serbuk kayu " - Maknanya tuan2 dan puan2, ialah. serbuk kayu seperti mana yang kita telah tahu, ianya sudah pon halus2 dan sudah menjadi debu. Jadi, apakah faedahnya kalu kita masih menggergaji serbuk tersebut kerana banyak lagi kayu yang boleh kita gergajikan.
Mungkin ada di antara kita tidak biasa dengan keadaan di mana masalah datang kepada dirinya. Kesan yang amat besar ialah prestasi belajar atau pekerjaan bagi mereka, di masa hadapan akan terjejas. Contohnya, keputusan result sem 1 amat teruk, sehinggakan kita selalu memikirkan lalu melemahkan semangat diri. Selepas itu, kita selalu malas nak dtg kelas atau kuliah menyebabkan result sem 2 pon akan sama terjejas dengan teruknya. Sebab itu lah, setiap perkara yang telah dtg, biarkan ianya berlalu. Ambil lah iktibar dari apa yang berlaku, dan gunakan untuk berwaspada di masa hadapan. Mungkin Tuhan nak ajar kita menghadapi masalah tersebut awal2, kerana mungkin di masa yang akan datang masalah seperti itu yang lebih besar menimpa kita, at least kita dah ada basic untuk handle masalah tersebut. Jadi syukur lah setiap apa yang berlaku ke atas diri kita. Anggaplah masalah itu adalah pemberian Tuhan kepada kita.
Tuan-tuan dan puan-puan.
Setiap kenikmatan yang Tuhan hendak bagi kepada kita akan datang dalam macam2 bentuk. Kadang kalanya ianya datang terus sebagai nikmat. Ada juga kenikmatan itu datang dan berselindung di sebalik masalah. Sekiranya kita mampu mengawal dan mengatasi masalah tersebut. Maka dengan izin-Nya, kenikmatan tadi akan muncul dan memeluk kita seerat2nya. Tapi dengan syarat, selesaikan masalah di atas jalan Allah s.w.t. Bayangkanlah, bertapa bahagia nya kita sekiranya kenikmatan itu datang kepada kita. Siapa yang x nak kenikmatan walhal orang bukan islam sendiri pun mahu akan kenikmatan.
Tp kenapa Tuhan masih bagi kenikmatan kepada orang2 bukan Islam? Pernahkah anda terfikir? Sebenarnya, kita sememangnya tahu Tuhan itu Maha Penyayang. Sifat Maha Penyayang tiada apa pun dapat menandingi. Sedangkan orang Islam yang melakukan kemungkaran pun Tuhan masih memberi kenikmatan kepadanya seperti bernafas. Kalu lah Tuhan bukan Maha Penyayang, nescaya, kita membuat dosa sedikit, sudah tentu tidak boleh bernafas. Tapi Tuhan itu Maha Penyayang, dia akan sentiasa menguji Hambanya supaya bersyukur dengan segala kenikmatan yang telah di beri oleh-Nya dan kembali ke jalan yang diredhai-Nya.
Ingatlah sahabat2 sekalian, anggaplah kegagalan yang datang itu sebagai satu jalan Tuhan hendak mengurniakan anda kenikmatan. Yang penting, sabar jelah dengan ujian-Nya itu kerana Tuhan telah berjanji kepada orang-orang yang sabar akan dibalas dengan syurga. Itulah janji Tuhan yang Maha Agung. Kalaulah doa2 kita tidak dimakbulkan di dunia, nescaya doa2 tersebut akan datang kepada kita pada hari pembalasan dan dengan izin Allah, doa2 tersebut akan menolong kita.. Insya Allah.
Wanita, Perempuan dan Bertina
Assalamualaikum..
erm.. so here, i would like to define and want to write an article like a title above.
Cuba korang fikirkan, sama atau berbeza ketiga2 perkataan di atas?.. bagi sstgh org, mungkin ada yg kata ianya sama dan ada juga yang kata ianya berbeza.
Bagi saya, wanita menunjukkan satu gelaran bagi yang sudah berkahwin ataupun sudah dewasa dan memiliki sifat yang disenangi oleh orang ramai.
Perempuan plak, yang berbeza ialah, gelaran ini adalh untuk para remaja. namun sifat mereka tidaklah liar dan mereka menjadi idaman jejaka-jejaka.
Tapi yang saya kisahkan disini, ialah perkatan bertina.. bagi saya/pada pendapat saya, saya anggap di sini, gelaran ini amat sesuai bagi perempuan yang amat buruk sikap dan sifatnya Mereka melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan adat, pantang larang dan juga peraturan agama. mereka ini mementing diri sendiri dari mementingkan keluarga. dan lebih gemar melakukan aktiviti lelaki. Percakapan mereka ialah suka mengutuk2 seseorang. hal ini dikukuhkan lagi, sekiranya mereka mengtuk lelaki.. lagi dasyat lah sifat bertina mereka itu.
Sebagai contohlah kan, kita tengok ke minah rempit.. perkataan minah tu mmg boleh disamakan dengan bertina. sanggup kah kita tgk seorang wanita rela menunggang bersama lelaki dengan gaya2 yang kononnya seksi tp 'seksa'. Anda pasti ke lelaki yang membawa bertina itu akan menjadi suaminya kelak. haha,, absolutely lah x kan.
ada satu lagi sifat bertina, iaitu menyerah tubuh mereka kepada lelaki yang xder hubungan yang sah.. di situ, mmg kita akan pandang keji pada perbuatan seperti ini. tp ada juga perempuan yang melakukan perkara yang sama dengan hal ini kerana tidak tahan terhadap nafsu yang mengganas. oleh itu, kita boleh simpulkan, perempuan boleh bertukar menjadi bertina dan begitu juga dengan wanita. perhatian kepada para suami.. reda kan nafsu isteri anda sebelum ianya di reda kan oleh lelaki lain.
Ingatlah, kalu kita tidak dpt mengawal kaum hawa, maka hancurlah dunia. kepada sesiapa yang bertanggungjawab untuk menjadi kaum hawa (keluarga jaga anak, suami jaga isteri, abg jaga adik, adik jaga kakak), jaga lah seelok2nya kerana mereka menybbkan kaum adam menjadi tidak tentu hala dalam melakukan suatu perkara.
Wassalam.. any comment if there was wrong? post here.
Air Zam Zam
Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan hadirin yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM). Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun.
Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama,
sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi" Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam". Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam." Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air.
Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit). Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah.
Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah. Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".
Tahukah anda?
- Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem LaDolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini padatahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepadaseorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenalidengan nama papa Razzi.
- Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebutketika berlaku kecemasan, baik di laut atau udaraberasal daripada bahasa Perancis M'aidez yangbermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin yangtertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud iadimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.
- Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besarkerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagiadalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jaditentunya besarnya juga tidak sama.
- Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang jugadigelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialahbesi yang berani menarik butir-butir besi lainkearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untukmenarik kereta bukanlah magnet.
- Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabiladiganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekorioleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya bendaitu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekorsudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
- Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnyawalaupun telah keluar kadangkala hingga beribukilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silapwalaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiapsarang burung mempunyai alamatnya yang tersendirisebenarnya.
- Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempelengadalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupabentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kenatempeleng masih boleh memakan lempeng apabila diaberasa lapar.
- Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratustahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumahkita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnyaselama tiga bulan.
- Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsungtentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan hartadunia ialah Orang Utan.
- Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmukebal, akhlak kereta kebal adalah lebih baik keranakereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernahmembanggakan diri dan riak akan kekebalannya.
- Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakatjika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akanmengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan.Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untukmenggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakanitu dibelanja oleh kawan kita.
Terima kasih..
email post by : ayuni_segha@yahoo.com