Saudari dan saudara yang amat saya hormati dan saya sanjungi.
pada malam ini, ingin saya huraikan tentang macam maner kita hendak menempuh setiap kegagalan atau pun kekecewaan yang akan kita tempuhi. Saya percaya bahawa setiap insan yang lahir ke atas muka bumi ini akan merasai detik-detik tekanan perasaan di sebabkan oleh kegagalan mahupun kekecewaan.
Contoh kegagalan yang saya amat percaya, setiap insan akan merasai iaitu kegagalan mendapat keputusan peperiksaan yang di impikan. Mungkin ada sesetengah di antara kita tidak merasa apa-apa disebabkan oleh ini, namun di sini yang ingin saya ketengahkan ialah kepada mereka yang selalu memikirkan dan merasa sedih yang terlampau di sebabkan kegagalanya ini.
Ok. Saudaraku.. Pertama sekali, dengarlah pepatah yang telah saya ambil dari sebuah buku "Memikirkan perkara yang telah berlalu merupakan suatu kebodohan dan kegilaan ibaratnya menggergaji serbuk kayu " - Maknanya tuan2 dan puan2, ialah. serbuk kayu seperti mana yang kita telah tahu, ianya sudah pon halus2 dan sudah menjadi debu. Jadi, apakah faedahnya kalu kita masih menggergaji serbuk tersebut kerana banyak lagi kayu yang boleh kita gergajikan.
Mungkin ada di antara kita tidak biasa dengan keadaan di mana masalah datang kepada dirinya. Kesan yang amat besar ialah prestasi belajar atau pekerjaan bagi mereka, di masa hadapan akan terjejas. Contohnya, keputusan result sem 1 amat teruk, sehinggakan kita selalu memikirkan lalu melemahkan semangat diri. Selepas itu, kita selalu malas nak dtg kelas atau kuliah menyebabkan result sem 2 pon akan sama terjejas dengan teruknya. Sebab itu lah, setiap perkara yang telah dtg, biarkan ianya berlalu. Ambil lah iktibar dari apa yang berlaku, dan gunakan untuk berwaspada di masa hadapan. Mungkin Tuhan nak ajar kita menghadapi masalah tersebut awal2, kerana mungkin di masa yang akan datang masalah seperti itu yang lebih besar menimpa kita, at least kita dah ada basic untuk handle masalah tersebut. Jadi syukur lah setiap apa yang berlaku ke atas diri kita. Anggaplah masalah itu adalah pemberian Tuhan kepada kita.
Tuan-tuan dan puan-puan.
Setiap kenikmatan yang Tuhan hendak bagi kepada kita akan datang dalam macam2 bentuk. Kadang kalanya ianya datang terus sebagai nikmat. Ada juga kenikmatan itu datang dan berselindung di sebalik masalah. Sekiranya kita mampu mengawal dan mengatasi masalah tersebut. Maka dengan izin-Nya, kenikmatan tadi akan muncul dan memeluk kita seerat2nya. Tapi dengan syarat, selesaikan masalah di atas jalan Allah s.w.t. Bayangkanlah, bertapa bahagia nya kita sekiranya kenikmatan itu datang kepada kita. Siapa yang x nak kenikmatan walhal orang bukan islam sendiri pun mahu akan kenikmatan.
Tp kenapa Tuhan masih bagi kenikmatan kepada orang2 bukan Islam? Pernahkah anda terfikir? Sebenarnya, kita sememangnya tahu Tuhan itu Maha Penyayang. Sifat Maha Penyayang tiada apa pun dapat menandingi. Sedangkan orang Islam yang melakukan kemungkaran pun Tuhan masih memberi kenikmatan kepadanya seperti bernafas. Kalu lah Tuhan bukan Maha Penyayang, nescaya, kita membuat dosa sedikit, sudah tentu tidak boleh bernafas. Tapi Tuhan itu Maha Penyayang, dia akan sentiasa menguji Hambanya supaya bersyukur dengan segala kenikmatan yang telah di beri oleh-Nya dan kembali ke jalan yang diredhai-Nya.
Ingatlah sahabat2 sekalian, anggaplah kegagalan yang datang itu sebagai satu jalan Tuhan hendak mengurniakan anda kenikmatan. Yang penting, sabar jelah dengan ujian-Nya itu kerana Tuhan telah berjanji kepada orang-orang yang sabar akan dibalas dengan syurga. Itulah janji Tuhan yang Maha Agung. Kalaulah doa2 kita tidak dimakbulkan di dunia, nescaya doa2 tersebut akan datang kepada kita pada hari pembalasan dan dengan izin Allah, doa2 tersebut akan menolong kita.. Insya Allah.
Så här tittar du på Seul sur Mars online
-
Hur man laddar ner Seul sur Mars 1080p
*Bedste sted at se Seul sur Mars Putlocker (2005) fuld streaming film
Danish 1080p HD*
[image: Seul sur M...
5 years ago
No comments:
Post a Comment