Sunday, December 21, 2008

Sukhoi 'Bermegah' Di Pasir Puteh, Kelantan.

Sukhoi SU-30 MKM merupakan sebuah jet berteknologi tinggi atau lebih dikenali sebagai pesawat pemintas. Malaysia dan Rosoboronexport menandatangani kontrak untuk membeli 18 pesawat Sukhoi SU-30 MKM pada Mei 2003 dengan harga sekitar AS$ 900 juta. Sehingga Disember 2007, Malaysia telah pun menerima 6 buah pesawat ini dan ditempatkan di Gong Kedak, daerah Pasir Puteh, Kelantan

Sekarang ini pun, Gong Kedak sedang pun diperluas bagi memuatkan lagi Jet Sukhoi yang bakal diterima oleh Malaysia. Pesawat ini dioperasikan oleh Skuadron ke-11, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Gambar di bawah ini diambil ketika Sukhoi sedang melakukan latihan penerbangan dia ruang udara Pasir Puteh, Kelantan. Aku hanya perlu keluar ke belakang rumah untuk melihat pesawat Sukhoi yang sedang terbang sambil mengambil gambar menggunakan kamera Sony Cybershot DSC-W110 yg tidak berapa bagus untuk ambil imej jarak jauh.



Kelajuan Sukhoi semasa beraksi memang amat laju jika dibandingkan dengan pesawat lain yang turut melakukan latihan di ruang udara ini. Kadang-kadang terasa gegaran di jantung ketika ianya berada di atas kepala kita.

Bagi memastikan jet yang terbang itu adalah Sukhoi, aku telah mencari sekeping gambar Sukhoi di internet dan membandingkannnya dengan gambar yang telah aku ambil tempoh hari. So, memang ternyata benarlah itu adalah Sukhoi yang telah pun membanggakan Malaysia dan turut berjaya menghantar seorang angkasawan rakyat Malaysia ke ISS.

Wednesday, December 10, 2008

Aidiladha - Sanggup Berkorban

Sambutan Aidiladha adalah Hari Raya bagi umat Islam untuk beramal dan beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala demi untuk menguatkan lagi keimanan, ketaqwaan dan sifat tawaduk kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala. Oleh itu agama Islam mensyariatkan dan menganjurkan amalan bertakbir iaitu mengagungkan kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala, bertahmid iaitu memuji kebesaran Allah Subhanahu Wata’ala, bertasbih iaitu mensucikan Allah Subhanahu Wata’ala dari sebarang kesyirikan. Agama Islam juga mensyariatkan untuk melakukan ibadah korban kepada mereka yang berkemampuan pada bulan Zulhijah ini dengan ditentukan hari-harinya iaitu pada 10 Zulhijah dan Hari-hari Tasyrik 11, 12, 13 Zulhijah.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Sebagaimana yang kita maklum, pada bulan Zulhijah ini, ada dua perkara besar yang dianjurkan dalam Islam iaitu ibadat haji dan ibadat korban. Kedua-dua ibadah ini sudah setentunya memerlukan pengorbanan khususnya dari segi perbelanjaan dalam melaksanakan ibadat tersebut. Pengorbanan ini adalah semata-mata pengabdian kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Adz-Dzaariyaat ayat 56 tafsirnya:
“Dan ingatlah Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku."

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Sesungguhnya perintah ibadat atau amal soleh itu akan dapat menyuburkan iman dan taqwa. Orang yang beriman dan tertaqwa akan bersedia menjunjung segala perintah Allah Subhanahu Wata’ala demi untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan hidup yang diredai Allah Subhanahu Wata’ala di dunia dan di akhirat. Mereka juga bersedia berkorban apa saja demi kecintaan dan ketaatan kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan Rasul-Nya. Mereka sanggup berkorban masa, tenaga, ilmu, harta, wang ringgit, jiwa raga, fikiran, hatta berkorban kepentingan diri dan juga perasaan.

Sedutan text dari laman web... http://www.brunet.bn/news/pelita/AIDIL.HTM

Wednesday, December 3, 2008

Mengapa tidak menghantar Manusia ke Marikh?


Kekangan dan risiko yang akan dihadapi jika manusia dihantar Marikh (12/1/04)

Oleh: Azli Paat


Penerokaan planet Marikh sedang menjadi tajuk perbincangaan semasa pada pengiat astronomi. Kenderaan angkasa yang telah pun mendarat pad 3 Jan lepas telahpun bersiap untuk memantau kawasan di Planet tersebut.

Ini bukan merupakan pertama kali sebuah objek telah dehantar ke planet Marikh. Kali pertama adalah Satelit Viking 1 pada tahun Aug 20 1975, dan Viking 2 pada tahun 1976. Objek yang pertama dapat mendarat di Planet Marikh adalah adalah Pathfinder yang telah mendarat pada tahun 1997. Ia telah dapat menghantar gambar gambar yang diambil dari permukaan Planet tersebut.

Jika sebuah objek telah pun dihantar sebelum ini, mengapa kali ini mereka tidak pula menghantar manusia seperti mereka meneroka bulan dahulu?

Risiko penghantaran

Setakat ini sebanyak 30 objek telah dihantar ke Planet tersebut hanya 2/3 sahaja yang sampai. Yang lain hilang, dan tidak dapat dikesan. Menghantar manusia merupakan satu risiko yang agak tinggi buat masa ini.

Kos

Untuk menghantar robot sahaja memerlukan lebih kurang US400 juta atau US1 juta setiap pound. 1 pound adalah 2.2 kilo jadi setiap 1 kg muatan yang dihantar akan menelan belanja lebih kurang US500 ribu. Ini tidak lagi dimasukkan kos makanan, perubatan dan juga sistem sokongan kehidupan.

Perkiraan kasar adalah, kita memerlukan lebih kurang US100 billion untuk menghantar manusia ke planet Marikh.

Penghantaran Pulang

Angkasawan yang dihantar mungkin harus menetap disana, ini kerana tidak terdapat bahan-api dan tenaga yang dapat membawa mereka pulang dan dan melalui perjalanan yang jauh. Jika bahan api untuk pulang terpaksa dibawa dari bumi, kos seluruh misi itu akan meningkat dengan lebih tinggi.

Dedahan kepada radiasi semasa didalam perjalanan.

Planet Marikh tidak mempunyai halangan radiasi daripada angkasa lepas tidak seperti bumi, jika manusia dapat dihantar ia mungkin tidak dapat hidup untuk melakukan tugasnya akibat daripada kesan daripada radiasi tersebut.

Walaubagaimanapun ini tidak bermakna ianya mustahil, para saintis akan sentiasa berusaha untuk mengatasi masaalah yang dihadapai, segala maklumat yang didiperolehi daripada setiap misi akan digunakan untuk memperbaiki misi yang akan datang.


© Azli Paat 2004 www.grabix.net/azli