
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Sebagaimana yang kita maklum, pada bulan Zulhijah ini, ada dua perkara besar yang dianjurkan dalam Islam iaitu ibadat haji dan ibadat korban. Kedua-dua ibadah ini sudah setentunya memerlukan pengorbanan khususnya dari segi perbelanjaan dalam melaksanakan ibadat tersebut. Pengorbanan ini adalah semata-mata pengabdian kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Adz-Dzaariyaat ayat 56 tafsirnya:
“Dan ingatlah Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku."
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Sesungguhnya perintah ibadat atau amal soleh itu akan dapat menyuburkan iman dan taqwa. Orang yang beriman dan tertaqwa akan bersedia menjunjung segala perintah Allah Subhanahu Wata’ala demi untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan hidup yang diredai Allah Subhanahu Wata’ala di dunia dan di akhirat. Mereka juga bersedia berkorban apa saja demi kecintaan dan ketaatan kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan Rasul-Nya. Mereka sanggup berkorban masa, tenaga, ilmu, harta, wang ringgit, jiwa raga, fikiran, hatta berkorban kepentingan diri dan juga perasaan.
Sedutan text dari laman web... http://www.brunet.bn/news/pelita/AIDIL.HTM
No comments:
Post a Comment