Wednesday, December 3, 2008

Mengapa tidak menghantar Manusia ke Marikh?


Kekangan dan risiko yang akan dihadapi jika manusia dihantar Marikh (12/1/04)

Oleh: Azli Paat


Penerokaan planet Marikh sedang menjadi tajuk perbincangaan semasa pada pengiat astronomi. Kenderaan angkasa yang telah pun mendarat pad 3 Jan lepas telahpun bersiap untuk memantau kawasan di Planet tersebut.

Ini bukan merupakan pertama kali sebuah objek telah dehantar ke planet Marikh. Kali pertama adalah Satelit Viking 1 pada tahun Aug 20 1975, dan Viking 2 pada tahun 1976. Objek yang pertama dapat mendarat di Planet Marikh adalah adalah Pathfinder yang telah mendarat pada tahun 1997. Ia telah dapat menghantar gambar gambar yang diambil dari permukaan Planet tersebut.

Jika sebuah objek telah pun dihantar sebelum ini, mengapa kali ini mereka tidak pula menghantar manusia seperti mereka meneroka bulan dahulu?

Risiko penghantaran

Setakat ini sebanyak 30 objek telah dihantar ke Planet tersebut hanya 2/3 sahaja yang sampai. Yang lain hilang, dan tidak dapat dikesan. Menghantar manusia merupakan satu risiko yang agak tinggi buat masa ini.

Kos

Untuk menghantar robot sahaja memerlukan lebih kurang US400 juta atau US1 juta setiap pound. 1 pound adalah 2.2 kilo jadi setiap 1 kg muatan yang dihantar akan menelan belanja lebih kurang US500 ribu. Ini tidak lagi dimasukkan kos makanan, perubatan dan juga sistem sokongan kehidupan.

Perkiraan kasar adalah, kita memerlukan lebih kurang US100 billion untuk menghantar manusia ke planet Marikh.

Penghantaran Pulang

Angkasawan yang dihantar mungkin harus menetap disana, ini kerana tidak terdapat bahan-api dan tenaga yang dapat membawa mereka pulang dan dan melalui perjalanan yang jauh. Jika bahan api untuk pulang terpaksa dibawa dari bumi, kos seluruh misi itu akan meningkat dengan lebih tinggi.

Dedahan kepada radiasi semasa didalam perjalanan.

Planet Marikh tidak mempunyai halangan radiasi daripada angkasa lepas tidak seperti bumi, jika manusia dapat dihantar ia mungkin tidak dapat hidup untuk melakukan tugasnya akibat daripada kesan daripada radiasi tersebut.

Walaubagaimanapun ini tidak bermakna ianya mustahil, para saintis akan sentiasa berusaha untuk mengatasi masaalah yang dihadapai, segala maklumat yang didiperolehi daripada setiap misi akan digunakan untuk memperbaiki misi yang akan datang.


© Azli Paat 2004 www.grabix.net/azli

No comments: