Thursday, January 1, 2009

Perkahwinan Sepupuku Di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Lumrah alam yang telah ditetapkan oleh-Nya membuat manusia ataupun makhluk lain perlu hidup berpasangan. Tuhan telah menciptakan makhluk yang terdiri dari dua jenis iaitu lelaki dan perempuan. Samada lelaki mencari perempuan ataupun perempuan sendiri yang mencari lelaki, namun ianya perlu dilaksanakan pada landasan yang betul sepertimana yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. Islam juga mengajar umatnya untuk berkahwin sekiranya kedua-dua pasangan sudahpun mencapai akil baligh serta mampu untuk memberi nafkah zahir dan batin. Kedua-dua pasangan juga perlu kepada persetujuan tanpa paksaan.

Sebelum pasangan tersebut hidup bersama, pengantin lelaki perlulah diakad nikah kan oleh wali ataupun wali mewakilkan kepada Tok Kadi. Semasa pengantin lelaki melafazkan akad nya, ianya perlulah disaksikan oleh beberapa orang saksi yang akan memastikan ianya sah ataupun tidak. Pada masa kini, sebelum berlangsungnya upacara akad nikah, para pengantin, wali serta saksi perlulah mengisi beberapa dokumen.


Selepas upacara akad nikah, kebiasaannya pengantin lelaki akan menyarungkan cincin kepada pengantin perempuan dan akan dibalas kembali oleh pengantin perempuan. Pengantin lelaki juga akan menghulurkan mas kahwin kepada pengantin perempuan seperti mana yang dipersetujui sebelum majlis nikah berlangsung.

Gambar yang anda boleh lihat dibawah ini merupakan mas kahwin yang digubah berbentuk seolah-olah seperti bunga.

Tidak ketinggalan juga, pengantin lelaki akan mencium pengantin perempuan selepas menyarung cincin dan penyerahan mas kahwin.

Para pengantin juga akan saling bertukar hantaran. Gambar pertama merupakan hantaran dari pihak pengantin lelaki dan yang kedua adalah dari pihak perempuan. Ini merupakan adat resam orang melayu yang telah diamalkan sejak zaman dulu lagi.


Dan gambar yang terakhir memaparkan tetamu yang hadir sewaktu upacara akad nikah yang terdiri dari saudara mara yang terdekat dari kedua-dua belah pihak pengantin.

1 comment:

peter said...

uiii banyak nye duit tue... mas kawen right?.. payah la bt tue.. he