Masa : Waktu Zohor
Tarikh : 27 Jun 2008
**peringatan : ini bukanlah teks yang dibaca oleh khatib, akan tetapi ini adalah sedikit rumusan yang telah didengari semasa menghadiri khutbah jumaat.
------------------------------------------------------------------------------------------------
al-Quran merupakan cahaya dari Allah s.w.t .Sesiapa yang mengikut ajaran-Nya pasti akan selamat dunia dan akhirat. al-Quran merupakan petunjuk jalan yang lurus dan merupakan punca kejayaan di akhirat nanti. al-Quran juga merupakan penawar yang sangat mujarat. Manusia patut menunjukkan sikap yang bersungguh-sungguh dalam penerimaan al-Quran.
al-Quran merupakan kiriman dari Allah s.w.t. Masyarakat kini kadang-kalanya menerima al-quran dalam pelbagai cara. Ada yang menjadikan al-Quran sebagai tangkal dan azimat semata-mata dan ada juga yg menjadikannya sebagai perhiasan.
Kita sepatutnya membawa makna yang besar dalam pembangunan masyarakat islam melalui penghayatan al-Quran. Lipatan sejarah membuktikan bahawa al-Quran berjaya mengubah tamadun dunia. Kita juga sepatutnya berusaha untuk memahami al-Quran, dengan cara berjinak-jinak, selalu membaca al-quran, tidak membaca surah-surah tertentu sahaja, membuat jadual bacaan surah agar kita sentiasa bersama dengan al-quran
Kita juga perlu mengkhatam al-quran mengikut jadual yang telah kita buat . Selain itu, memperbetulkan bacaan al-quran daripada guru-guru yang pakar terhadap al-Quran. Juga memahami al-quran dengan mengikuti kelas-kelas tafsir al-quran.
Mengamalkan satu persatu ayat al-quran yang kita perolehi maksudnya adalah amat perlu bagi seseorang. Budaya al-quran mestilah dihidupkan subur dalam kehidupan masyarakat.
Manusia terbahagi kepada 3 bahagian :
- Mereka yang membaca al-Quran tetapi tidak memahami maknanya - akan mendapat pahala.
- Mereka yang membaca dan memahami al-Quran -akan mendapat pahala yg besar
- Mereka yang membaca, memahami dan mengamalkan - akan mendapat pahala besar yg berganda2.