Friday, June 20, 2008

Suara Mimbar - Berbudi Pekerti

Tempat : Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh
Masa : Waktu Zohor
Tarikh : 20 Jun 2008

**peringatan : ini bukanlah teks yang dibaca oleh khatib, akan tetapi ini adalah sedikit rumusan yang telah didengari semasa menghadiri khutbah jumaat.


------------------------------------------------------------------------------------------------


Marilah sama-sama kita bertawakal kepada Allah. Marilah kita mengikut suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.


Islam adalah merupakan agama yg melengkapi segala keperluan kita. Islam bukan satu agama yang didirikan berdasarkan rukun islam semata-mata. Tetapi islam telah menggariskan satu sistem peradaban manusia. Samaada hubungan dengan manusia, makhluk lain ataupun hubungan dengan Allah s.w.t.


Oleh itu, islam menekankan soal akhlak yang menyentuh perilaku manusia. Manusia perlu mencontohi budi pekerti Rasulullah s.a.w. Bagi menjamin masyarakat yang harmoni, manusia perlulah mengamalkan amalan berbudi bahasa. Supaya ianya menjadi satu budaya. Menggunakan perkataan yang lembut, bersopan santun perlulah diberi keutamaan. Manakala perkataan yang lucah, yg kasar, tidak bersopan dan tidak beretika mestilah kita jauhi dan kita tinggalkan.

Islam menekankan cara percakapan manusia kerana cara mereka bercakap menggambarkan budi pekerti mereka. Bagi mereka yang bercakap secara baik, mereka akan mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Kita perlulah melatih lidah kita untuk berkata benda yang berfaedah. Caranya dengan berzikir kepada Allah s.w.t. Kerana zikir itu lah sesuatu yang melatih diri kita bersikap mulia.

Kita dituntut oleh Islam untuk berbudi bahasa supaya dapat mengeratkan hubungan sesama manusia. Juga kita perlu mengamalkan budaya bersalaman sesama kita. Bersalam adalah satu kaedah yang mudah bagi kita untuk mengeratkan hubungan sesama kita.

Amalan berbudi bahasa tidak mengira tempat. Sikap kita perlulah memenuhi kehendak Islam iaitu mempunyai budi pekerti yang mantap dan kukuh. Perlulah dijauhi sifat angkuh dan sifat sombong. Pangkat dan harta amat tidak bernilai jika dibandingkan dengan amalan manusia. Oleh itu, wujudkanlah sikap yang mulia.

Sesungguhnya, bertakwalah kepada Allah. Supaya Dia memberkati kehidupan kita.

No comments: