Friday, June 13, 2008

Avatar - The Last Airbender

Kali ini aku bukan nak bagi pendapat tentang isu semasa atau pun mengemukakan hujah politik. Tetapi aku ingin membuat sedikit review tentang satu filem 'anime' yang disiarkan dalam bentuk 'tv series' iaitu Avatar - The Last Airbender di siaran tv popular , nickelodeon

Siri cerita ini mendapat sambutan hangat di kalangan kanak-kanak dan juga para remaja. Sekiranya anda menonton cerita ini, pastinya anda juga akan tertarik terhadap plot cerita yang menarik serta gelagat watak yang melucukan di dalam setiap episode.

Di sini adalah sedikit sinopsis cerita avatar. Kisahnya bermula apabila avatar terdahulu yang bernama Ruko (Firebending) mati dan kelahiran avatar baru yg bernama Aang (Airbending). Apabila seseorang avatar meninggal dunia, maka akan lahir seorang avatar baru mengikut urutan musim. musim panas (kaum api), musim gugur (kaum angin), musim sejuk (kaum air) dan musim bunga (kaum bumi). Ketika Aang berumur 12 tahun, di telah diberitahu oleh guru mereka yang dia merupakan avatar yang seterusnya. Sepatutnya mereka akan memberitahu Aang pada umur 16 tahun. Disebabkan dikhuatiri berlaku peperangan antara 4 kaum tersebut, Aang dilatih untuk menjadi avatar supaya dapat menjadi penyelamat peperangan.
Namun Aang menerima tekanan di atas tindakan tersebut kerana dia tidak dapat menjalani kehidupan sebagai seorang kanak-kanak. Lalu dia melarikan diri bersama seekor lembu terbang yang bernama Appa. Ketika sedang melarikan diri, mereka dilanda ribut yang kencang lalu terjatuh masuk ke dalam lautan. Ketika itu, Aang berubah menjadi avatar dan membentuk satu bulatan ais yang besar memuatkan dia dan Appa. Mereke terkurung di dalam bongkah ais tersebut sehinggalah 100 tahun sehingga ditemui oleh 2 org kaum air yang bernama Sokka dan Kitara yang akan menolong Aang mempelajari 4 teknik setiap kaum untuk menjadi seorang Avatar bagi menghentikan peperangan yang telah dimulakan oleh Kaum api.

Sepanjang Aang berada di dalam bongkah ais tersebut, peperangan telah dimulakan oleh Kaum api untuk menguasai semua benua. Selepas Aang keluar dari bongkah tersebut, dia membuatkan keputusan untuk menghentikan peperangan dengan mempelajari teknik kuasa setiap kaum. Di sepanjang cerita ini, mereka ditemani oleh Sokka (Kaum Air), Kitara (Kaum Air), Appa (Lembu terbang) & Momo (Monyet terbang) serta beberapa lagi rakan yang akan mereka temui di sepanjang pengembaraan.

Di dalam cerita ini, terdapat 3 Season yang disebut sebagai '3 Books'. Setiap 'book' mengandungi 20 'Chapter' kecuali Book 3 yang mengandungi 21 'Chapter'.

Dapatkah mereka menghalang peperangan yang berlaku yang dimulakan oleh 'Fire Nation'? Jadi, ikuti lah cerita tersebut yang kini sedang disiarkan di channel Nickelodeon (612) antara jam 6.30 pm - 7.30 pm.

No comments: