Sunday, June 15, 2008

MP3 Player Samsung (YP-U3)


Zaman sekarang ramai remaja sedang tergila-gila untuk memiliki sebuah pemain mp3. Jesteru itu, saya ingin memberi sedikit ulasan tentang pemain mp3 yang menarik minat saya dimana pemain mp3 ini mempunyai banyak keistemewaan nya.


Ciri-ciri pemain mp3 samsung jenis yp-u3;



  1. Rechargeable - tempoh charging lebih kurang sejam setengah.

  2. Slim USB Direct - Usb 'build-in', leh direct cucuk kat komputer, x yah guna cable.

  3. 4 Line OLED - kat screen pemain tu, boleh memuatkan 4 barisan tulisan.

  4. FM Radio - pemain mp3 ni boleh buat auto-preset untuk searching stesen-stesen radio dan terus 'save' .

  5. Voice Recording - juga merupakan perakam suara, sesuai digunakan di dalam kuliah ataupun tempat-tempat ceramah dan juga kegunaan peribadi. Terdapat butang khas untuk memulakan rakaman.

  6. Samsung Media Studio - disertakan dengan software yang boleh mewujudkan suasana lagu secara 3D.

  7. Memory Capacity - 1GB/2GB/4GB.. berbeza mengikut harga..

  8. Touchpad - mempunyai 5 butang yang perlu disentuh sahaja tanpa ditekan.

  9. LED - Lampu LED akan berklik2 bila tiap kali butang ditekan. Namun anda boleh mengubah setting supaya lampu tersebut tidak menyala.

Harga alat pemain mp3 ini agak berpatutan, bagi pemain mp3 bersaiz 4GB, anda boleh mendapatkannya dengan harga RM290. Cuma anda kena pandai tawar menawar dan juga memilih lokasi untuk membeli alat ini.


Alat ini juga tahan lasak, walaupun sudah 3,4 kali jatuh namun ianya tidak memberi apa-apa kesan terhadap system mp3 player tersebut cumanya alat pemain mp3 anda akan tercalar sahaja.

5 comments:

aku dan anep said...

err... best gle dpt mp3 cmni eh... ko pnye ke meor...
aku igt aku pakai hanset je nk dgr2 lagu.. tp pikir2.. baik bli je mp3 player nie.. drpd hanset utk talipon n amik gamba dah laa... :D

mm.. bape herge ko dpt tawar mp3 ni?? ktne ko angkt?

Meor [SciFever] said...

lebey krg 200+ lah utk 2gb..
beli kat kedai gadget kat kota bharu.. xkn ko nak dtg sni.. hehe

aku rasa kat lowyat pon ada..

ainul mardhiyyah said...

ak ada sony mp3
tp masalahnyer earphone asek rosak
x sampai 2 bln mesti rosak
bkn ak beli yg murah2 punye
brand sony gak
kwn ak kata beli brand aiwa... thn lama
tp ak takot x seswai lak dgn sony mp3 ak tu

ada cara ke nk jaga earphone supaya tahan lama???
adik ak pesan jgn gulung, simpul2 sampai terbelit wayar
huhu tu ssh sket le
klo dh sumbat dlm beg... dlm poket jean ke
mcm mana lak ak nk make sure wayar tu ok je...

Meor [SciFever] said...

wayar earphone ni sensitive sgt kalu berlipat..
bukan wayar earphone jer, wayar laptop, handycam, charger, atau apa2 je wayar yg mengalirkan elektrk.

Kalu nk make sure earphone lambat rosak, jgn gulung, jgn lipat yg menyebabkan wayar kat dlm getah tu putus..

walaupun brand yg class2 ker.. ttp akan rosak kalu tiada penjagaan yg sempurna.

ainul mardhiyyah said...

okeh!
point taken~