Bersempena cuti yang panjang ini, banyak kerja yang boleh dilakukan. Seperti menulis blog ini ataupun tidur sepanjang hari. =)
Jadi aku memilih untuk menulis pendapat aku di sini, tentang satu 'makhluk' yang kebanyakkan manusia takut kepadanya. Persoalannya,
-siapakah hantu itu?
-apakah kuasa yang dimiliki olehnya?
-mampukah dia membunuh manusia?
-pernahkah akhbar menceritakan manusia mati dibunuh hantu?
-pernahkah khutbah jumaat berceritakan pasal hantu?
-pernahkah imam masjid membaca surah yang berbunyi perkataan hantu dlm bahasa arab?
-pernahkah anda menyentuh hantu?
berceritanya saya disini bukan lah ingin mencabar makhluk halus. Tetapi saya ingin memberi pendapat yang sebenar tentang makhluk ini seperti yang saya tahu.
Di dalam bahasa melayu, kita memanggil makhluk ini sebagai hantu, jembalang, dan sebagainya tetapi di dalam hakikat sebenar, di dalam bahasa arab, mereka memanggil jin, syaitan, iblis dan sebagainya.
Jadi maksud saya disini, hantu yang kita sangkakan itu merupakan syaitan. Mereka menjelma dalam rupa manusia yang telah mati. Syaitan boleh menjelma dalam macam-macam rupa tetapi satu jasad sahaja yang tidak boleh dijelmakan oleh nya iaitu manusia yang paling agung, Nabi Muhammad s.a.w.
Kita pernah mendengar macam-macam cerita tentang manusia dirasuk hantu. Sebenarnya itu bukanlah hantu tetapi mereka itu adalah makhluk Jin yang dicipta sebelum kewujudan manusia. Mereka seperti kita, hidup di bumi dan menjalani kehidupan seperti manusia iaitu beranak, makan, beribadat dan sebagainya.
Mereka berada di alam yang tidak boleh dilihat oleh kita. Jin ada yang Islam dan ada juga yang kafir. Jin yang kafir itulah yang selalu digunakan oleh bomoh atau tukang sihir untuk menilik nasib ataupun mendapat sesuatu. Memuja atau menyembah selain Allah s.w.t adalah haram. Dosa tersebut adalah syirik. Sekiranya manusia tidak bertaubat sebelum mereka mati, maka dosa tersebut akan menyebabkan mereka berada di dalam neraka buat selama-lamanya kerana dosa syirik tiada pengampunan di akhirat kelak.
Jadi kesimpulan yang ingin saya katakan bahawa makhluk yang disangka hantu itu adalah Jin ataupun syaitan ataupun iblis
Så här tittar du på Seul sur Mars online
-
Hur man laddar ner Seul sur Mars 1080p
*Bedste sted at se Seul sur Mars Putlocker (2005) fuld streaming film
Danish 1080p HD*
[image: Seul sur M...
5 years ago
No comments:
Post a Comment