Saturday, November 15, 2008

Air Terjun Jeram Linang, Machang - Kelantan


Air terjun Jeram Linang, Machang merupakan Air Terjun terawal dimajukan di Negeri Kelantan. Terletak di dalam Hutan Simpan Ulu Sat, Machang, air terjun ini sentiasa jernih cumanya pada waktu aku melawat tempat ini, hujan turun dengan lebat menyebabkan air menjadi keruh dan deras.


Pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan di Air Terjun ini seperti Tandas Awam, Wakaf Rehat, Musalla, Restoran dan Tempat Letak Kereta. Pengunjung Air Terjun Jeram Linang ini boleh melakukan aktiviti Jungle Trekking dan mandi-manda di tempat ini. Kawasan perkhemahan juga disediakan.

3 comments:

KaYdEnZ said...

nice place to release stres..

anDi said...

air terjun chanteq. tp kenapa sungainya agak2 kuning? uit

Meor [SciFever] said...

sbb time tue hujan lebat.. mybbkn air jd keruh.. kalu hari biasa, air jernih jer.. ni mesti tgk gmbr je, x baca.. tol x? hehe~