Monday, November 3, 2008

External Hard Disk Atau DVD+R?


Bagi pelajar-pelajar yang tinggal di asrama ataupun kolej-kolej universiti, mungkin lebih terdedah dengan perkongsian filem. Hanya perlu membawa thumbdrive atau external hard disk untuk 'menyedut' filem tersebut dari komputer kawan. Tetapi isu yang ingin diutarakan disini adalah, apakah cara terbaik untuk menyimpan data seperti filem, lagu atau sebagai. Adakah disimpan di dalam external hard disk ataupun dvd-R?

Disini saya ingin menguraikan sedikit pandangan saya. Saya juga merupakan pelajar Universiti dan sememangnya selalu berkongsi filem bersama kawan-kawan. Apa yang telah saya fikirkan, adakah penggunaan external hard disk lebih baik dari dvd+R.

Harga bagi sebuah external hard disk adalah dalam lingkungan RM 190+ bagi memori sebanyak 180GB. Ini adalah merupakan harga yang murah bagi sebuah external yang baru. Manakala harga sekeping dvd+R adalah RM1.50 bagi sekeping. Size nya pula adalah 4.7Gb bagi sekeping. Jadi, untuk mendapat jumlah memori sama dengan external adalah memerlukan 40 keping. 4.7 x 40 = 188Gb. Harga pula, 40 x RM1.50 = RM60. Ataupun sekiranya anda membeli dvd dalam kuantiti yang sedikit, mungkin kedai tersebut akan mengambil harga RM2.00 untuk sekeping. 40 x RM2.00 = RM80.

Secara nyatanya, perbezaan minimum antara harga external hard disk dan dvd+R adalah RM100.00. Mungkin dari segi harga, dvd+R telah 'menang'.

Tetapi dari segi kegunaan pula, external pula boleh menyimpan dan memadam data manakala dvd+R hanya mampu untuk menyimpan sahaja. Tetapi pengalaman saya sendiri dalam menyimpan sesuatu data, adalah jarang sekali untuk saya menekan butang padam. So, lebih baik kita simpan data tersebut di dalam dvd+R.


Pada masa kini, setiap keluaran komputer baru, mesti akan dilengkapi dengan Dvd-burner. So, tidaklah menjadi masalah untuk mengguna dvd+R.

Namun, external hard disk juga memiliki kelebihan-kelebihan tertentu. Kelajuan semasa memindah data ke komputer adalah lebih laju jika dibandingkan dengan dvd+R. Juga ianya boleh menyimpan data yang bersaiz lebih besar dari 4.7 gb. Sebab kebanyakkan dvd+R hanya terhad kepada 4.7Gb sahaja.

Secara kesimpulan, andalah yang perlu tentukan yang mana lebih baik sebabnya ianya bergantung kepada cara penggunaan dan keperluan pengguna tersebut.

3 comments:

Zakhiri said...

tapi kan, sepanjang pengamatan saya, tiada sesuatu data especially assignment didalam word atau excell yang akan mencapai kapasiti sehingga 4.1Gb..hanya movie sahaja yang berkapasiti tinggi...tapi harus waspada wahai saudara, perkongsian movie sepatutnya untuk cerita2 'biasa' sahaja...cerita 'luar biasa' patutu dielakkan...heehheee

Meor [SciFever] said...

kalu setakat word ngan excel tue.. pendrive kan ader.. laaa..haha~

pasal citer luar biasa tue.. depend ngan individu lah kot.. insya Allah x smua sejahat itu.. kn bapa saudaraku? =)

whatever said...

aku pakai external hard disk je klo nk amek cite2 dpd kenkwn
almost all cite yg aku tgk, xkn ditgk kembali :P
klo citer tu best baru burn dlm dvd
biasanye japanese series lorh