Monday, November 10, 2008

Keindahan Pantai Teluk Cempedak, Pahang.

Pada hari ahad lepas, aku telah ke Teluk Cempedak yang terletak lebih kurang 10km dari bandar kuantan. Tempat ini sering dikunjungi oleh ahli keluarga serta para remaja. Keistemewaan tempat ini adalah ianya begitu cantik. Selain hampir dengan kawasan bandar, ianya juga merupakan pantai yang moden.


KFC dan McDonald juga dibina di persisiran pantai itu dengan waktu operasinya adalah 24 jam. Ini menyebabkan pengunjung tidak putus-putus mengunjungi pantai tersebut walaupun hari sudah subuh.


Di Teluk Cempedak atau lebih senang disebut oleh penduduk Pahang dengan huruf TC, terdapat satu penghubung dimana menghubungkan dua pantai yang terletak di sebelah utara dan selatan. Kebiasaanya, pengunjung yang datang akan tiba dahulu di pantai selatan kemudian, sekiranya ingin ke pantai sebelah utara, mereka harus menaiki penghubung ini.

Sewaktu menaiki penghubung, anda akan melihat permandangan pantai seperti gambar yang dimuat naik ini. Kebersihan pantai ini selalu dijaga bersih kerana pantai ini turut dikunjungi oleh pelancong luar negara.

Gambar dibawah ini merupakan keadaan pantai disebelah utara. Kelihatan satu kumpulan manusia sedang berlatih seni mempertahankan diri.

Gambar yang seterusnya adalah permandangan di pantai belah selatan.

Sewaktu berada di TC, aku telah mendapat idea untuk berkongsi blog ini dengan seseorang. Mungkin selepas ini anda akan lebih di dedahkan dengan pelbagai budaya.

4 comments:

Zakhiri said...

i've been there..but during my time TC also known as a maksiat beach..u will found a lots of used condoms there especially at the top of the hill..i don't know the current scenario there...

Unknown said...

yeah.. maybe there are still happen the same thing.

then, i think i should try to go up hill and try to capture the scenario there.. tq..hehe~

peter said...

beautiful beach.. hopefully can go there next sem huhu.. anyway why not go to swim?

Unknown said...

sy da lame gile ta pegi TC..
rndu 0hh!
TC sgt best..:)
slalu 0vernite kt sne ngn h0usemate..
sy na pegi TC lgikkkk!