Tuesday, November 18, 2008

Rantau Panjang - Kelantan

Rantau Panjang terletak berhampiran dengan sempadan negara Thailand. Kebanyakkan barangan yang dijual merupakan barangan import dari thailand seperti barangan tiruan, puma, adidas, nike dan sebagainya. Harga di sini lebih murah jika dibandingkan dengan kawasan lain yang turut menjual barangan tiruan.

Pengunjung dari luar Kelantan pasti akan mengunjungi tempat ini sekiranya mereka ke Kelantan. Ini kerana kualiti barangan berpatutan dengan harga malah ada yang lebih murah. Di bawah ini disertakan gambar suasana di Rantau Panjang sebelum cuti sekolah. Pada musim cuti sekolah, peniaga biasanya akan menaikkan harga barangan kerana lebih ramai pengunjung yang datang.

Jadi, adalah digalakkan buat tuan-tuan untuk tawar menawar harga barangan yang anda ingin beli. Peniaga biasanya tidak akan meletak harga yang tepat.











4 comments:

admin said...

Salam...
apa khabar...
minta kebenaran untuk menggunakan gampar dalam post ini untuk digunakan dalam blog kami. Kredit akan di link kan kepada blog saudara...jika saudara tidak benarkan cume emailkan kepada saya
kelantandm@gmail.com

http://www.kelantandarulnaim.com/

azhar said...

Ambo ada ambil gambar dlm ni....mintak dgn izin...letak dlm Facebook....http://www.facebook.com/pages/Rantau-PanjangKelantan/312539347987?v=info#!/pages/Rantau-PanjangKelantan/312539347987?v=wall
apa2 hal email ambo....thanks

Meor [Prosperous] said...

bereh2.. asal royak

wahida amalin said...

mitok nak amik gmbr..psal wat research kat sklh hamba..
mitok izin deh..