Sunday, June 8, 2008

Dengarlah Ceritaku

Bidin merupakan anak kepada seorang yang kaya raya. Ayahnya merupakan ahli perniagaan yang berjaya. Apa yang di niagakan oleh ayahnya ialah kereta berjenama yang diimport dari luar negara. Di sebabkan ayahnya mendapat untung yang besar, dia bercadang untuk memberikan sebuah kereta BMW kepada anaknya yang bernama Bidin.

Lalu bidin amat gembira sekali kerana mendapat sebuah kereta yang sangat cantik dan mewah. Bidin selalu ke bandar bersama rakan-rakannya bernaiki kereta barunya itu.

Namun kemewahannya itu dapat dirasai sementara sahaja, kerana disebabkan kegawatan ekonomi dunia, ayahnya terpaksa menjual kembali kereta yang telah dihadiahkan kepada anaknya itu supaya ayahnya dapat memulihkan perkembangan perniagaan mengimport kereta mewah itu.

Bidin teramat sedih sekali dan dia mula berubah sikap dan selalu memarahi ayahnya sekiranya ayahnya menegur dirinya. Dia selalu memperburukan ayahnya kepada rakan-rakannya.

Ayahnya cuba memperjelaskan hal yang sebenarnya, namun anggapan bidin kepada ayahnya tetap sama iaitu ayahnya mementingkan dirinya sendiri. Sekiranya ayahnya tidak menjual kereta itu, mungkin perniagaan ayahnya akan musnah dan menyebabkan keluarga mereka hilang punca perdapatan. Tetapi bidin tidak paham. Dia tetap membantah keputusan ayahnya.

END

Sekiranya cerita ini kita kaitan dengan negara kita. begitulah sikap sesetengah rakyat Malaysia, selalu menyalahkan kerajaan apabila hak subsidi minyak 'ditarik'. Fikirkan secara mendalam. Sekiranya anda menggunakan minyak tidak melebih 66 liter, harga minyak tersebut tetap akan sama dengan harga minyak sebelum ini disebabkan kerajaan akan membayar tunai sebanyak RM625. Oleh itu, sikap menjimatkan minyak dapat dipupuk. Sekian.

2 comments:

. said...

betul jugak kan..so starting from now on kite x leh jln jauh2 sgt..naik lah kenderaan awam.hehhe

Anonymous said...

wawawawa...... kini aku menyesal.... mulai hari nie aku x kn pakai kete tiap2 ari.. aku nak jimatkn minyak negara n menyelamatkn dwet aku sndri... hehehe.....