Thursday, June 26, 2008

Tips Persediaan Ke Universiti.

Saya pasti, ramai pelajar yang sedang membuat persiapan untuk mendaftar di IPTA masing2. Ada yang akan mendaftar pada 29 jun, dan ada juga pada 30 jun serta 1 julai. Kepada pelajar yang pernah menetap di asrama, mungkin mereka sudah biasa dengan keadaan sebegini. Pelajar yang tidak biasa, mereke mungkin memerlukan sedikit nasihat sebelum mendaftar di IPTA.

Walaupun saya juga merupakan bakal pelajar yang akan mendaftar tak lama lagi, mungkin ada sesuatu yang boleh saya kongsi bersama anda semua.

Apa yang ingin saya sampaikan mungkin ianya remeh bagi anda. Tetapi, ada kadang kalanya kita semua lupa terhadap sesuatu perkara yang kecil dan perkara ini mungkin membawa suatu masalah pada diri kita nanti.

Saya pernah menginap di asrama sejak tingkatan 4 & 5 dan juga pernah menetap di asrama kolej matrikulasi melaka. Banyak yang saya pelajari semenjak berada di asrama, lagipun keadaan asrama di kedua-dua tempat ini berbeza. Di sekolah menengah, peraturan di asrama amat ketat dan juga warden disana amat prihatin terhadap tingkah laku pelajar. Manakala di Kolej Matrikulasi Melaka (KMM), peraturan tidak lah begitu ketat, banyak perbezaan yang saya alami semenjak berada di KMM.

Tetapi, ada satu perkara yang sama setiap kali saya ingin ke asrama. Iaitu persiapan barang-barang yang perlu dibawah. Sebelum saya melangkah ke asrama, saya mesti akan berimaginasi bahawa seolah2 saya sedang melakukan kegiatan harian di asrama. Seperti, makan, mandi, solat, tidur, ke sekolah, dan kekemasan diri. Oleh itu, saya akan tahu barang2 yang belum saya kumpulkan sebelum pergi ke asrama.

Dibawah ini saya nyatakan barang2 yang selalu ataupun yang perlu dibawa,

  • Tuala
  • Berus Gigi
  • Ubat Gigi,
  • Sabun
  • Shampooo
  • Jam tangan
  • Baju melayu (Pakaian solat)
  • Kopiah
  • Selimut
  • Cadar
  • Selipar
  • Stokin
  • Kasut
  • Sikat
  • Minyak rambut
  • Tali pinggang
  • Baju sekolah
  • Buku2
  • Alat tulis
  • Kalkulator
  • Duit
  • Kad Matrik/Kad Asrama
  • Dompet
  • Handphone
  • Penyakut baju
  • Baldi
  • Pakaian harian
  • Cermin mata
  • Ubat-ubatan
  • Assignment
  • Beg kuliah
  • Berus pakaian
  • Gelas / cawan
  • Sabun baju
  • Charger
  • Laptop
  • Pisau cukur
  • Kunci locker
  • Tie
  • Pen drive
  • Sijil2 / Dokumen

Mungkin itu adalah antara barang2 yang paling penting. Mungkin ada lagi keperluan yang saya tidak nyatakan, kerana saya merasa ini adalah item yang paling penting yang mesti kita bawa bersama. Kalu anda ingin membawa alat-makeup, karpet, kipas, cermin atau tv sekali pun, itu terpulang kepada anda. Yang paling penting anda bawak segala dokumen dan dompet. Kerana perkara ini adalah paling penting apabila berlakunya kecemasan. Lagipun, sekiranya ada terlupa membawa sesuatu peralatan, anda masih mempunyai wang dan hanya perlu ke kedai untuk membeli nya.

Nanti apabila berada di asrama, pandai2 lah memilih kawan. Kerana mereka akan mencorak kehidupan anda sepanjang berada di asrama dan berkemungkinan juga anda akan mengekalkan tabiat buruk tersebut selepas tamat pengajian. Jadi, timbalah pengalaman yang berfaedah. Tabahkan diri anda dan pasang niat supaya diri kita susah untuk dipengaruhi oleh rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang berniat jahat. Dan juga, anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pahit yang mungkin akan berlaku.

Jaga barang2 anda supaya tidak dicuri oleh orang lain dan juga pastikan dompet anda dibawa bersama ke mana sahaja anda pergi. Semoga apa yang saya ceritakan ini memberi bantuan kepada anda yang akan mendaftar di asrama pada minggu hadapan ataupun masa yang akan datang. Sekian

5 comments:

Ir. Datok Carroll said...

bab kawan tu yg aku takut meor... kalo kawan tu ke masjid.. kita ke masjid gak.. kalo kwn tu isap rokok.. kite lak terjebak ngn rokok...

tp tu depend laa masing2... pandai2 lah kontrol kan!..

aku harap dpt r roomate yg ok2...

Unknown said...

btol tue anep..
dpt roomate cm sauki ke..
hehe..
jgn risau,
aku rasa student kat universiti.
smuanya ok2 belaka..

walkoutinsilence said...

goodluck!

Anonymous said...

brg ak x muat bonet
sape nk bg ak sewa lori??!

neway take care kt tmpt org!

Anonymous said...

ade lagi yg ko tertinggal..
bantal bucuk..
nnt xle tdo mlm lak..
hahaha