Tuesday, June 3, 2008

Wujudkan Suasana Visual Di Dewan Parlimen

Kali ini saya ingin memberi pendapat terhadap dewan parlimen. Di mana kita tahu di tempat tersebut berlangsungnya sidang perbincangan antara parlimen-parlimen yang telah menang dalam pilihan raya.

Apa yang ingin saya sampaikan ialah, bagaimana kita boleh mempertingkatkan keberkesanan dalam perbincangan dengan mewujudkan penggunaan kemahiran melihat. Sekarang kita tahu di dewan parlimen hanya melibatkan pergunaan deria pengdengaran sahaja. Jadi di sini saya ingin mencadangkan supaya di letakkan satu alat yang boleh digunakan oleh semua ahli parlimen untuk mempamerkan pendapat mereka melalui penulisan.

Sebagai contoh, kita boleh lihat di tempat pengajian, di mana guru ataupun pensyarah menggunakan whiteboard ataupun pancaran projektor supaya semua pelajar lebih paham akan apa yang ingin disampaikan. Jadi, saya rasa Dewan parlimen juga boleh melaksanakan konsep yang sama dengan mewujudkan suasana di mana kemahiran mendengar dan melihat digunakan serentak.

Ada perpatah orang barat yang pernah saya dengar "A Picture Paints A Thousand Words". Jadi, saya jamin sekiranya ada alat yang membolehkan apa yang dilukis atau ditulis oleh ahli parlimen dipancarkan melalui LCD yang boleh dilihatkan oleh semua tetamu yang hadir, tentulah keberkesanan perbincangan akan menjadi lebih efektif.

Luahan saya hanyalah sekadar perdapat.

4 comments:

Anonymous said...

Salam Meor!..
AKu kenalan ko jugakk... nak komen ckit.
Pendapat ko tuu mmg bagus.. tapi segala penggunaan alat bantuan tu sudahpun diguna pakai di parlimen sebenarnya tapi bukan di dewan rakyat. Utk pengetahuan sedara, Parlimen ni ada banyak dewan. Yang kita selalu tgk di TV adalah dewan rakyat dimana usul masalah negara dibahaskan oleh pihak pembangkang dan kerajaan. Dewan lain sperti; Dewan Negara tak silap saya untuk Jemaah Menteri membincangkan ekonomi dan apa2 suruhanjaya... di sini lahh peralatan canggih seperti saudara cakap tadi... cuma di dewan rakyat tak perlu peralatan bantuan seperti itu, kerana perbahasan adalah lebih penting.

Cuba saudara lihat di Dewan rakyan Dewan Undangan negeri di setiap negieri pulak. Cth: selangor. Negeri ni saya lihat di dewan rakyat menggunakan peralatan bantuan seprti Projekter, Notebook sorang satu bagi setiap ADUN. Kalau saudara nak lihat di web selangor.gov.my ada.. live lagi sidang mereka. Memang nampak berbeza.... peralatan ADUN ni nampak canggih dari Dewan Parlimen yang kita selalu lihat di TV.
Mungkin Dewan ADUN ni, membincangkan kesemua dasar kerajaan negeri termasuk perbahasan pihak pembangkang dan kerajaan negeri tersebut.

Thanx.. ni pendapat saya saja..

Unknown said...

erm... actually maksud sy ialah..
penggunaan ie scanner.. yg macam dalm dewan kuliah tue.. yg cg guna nk solve soalan math.. kalu setakat notebook ngan lcd tue mungkin can help 50% je...

Anonymous said...

ceh...! ape ertinye ade kelebihan canggih2 2 klu dari pagi diorang asyk menekak jer smbil ketok2 meje... kadang2 aku tenok cam orang utan pun ade... cam da x de adab nak membahas n bercakap.. kite diaja kt sko0l care membahas tapi smpai kt sane "separti beruk2 dijalanan" hahaha....

Unknown said...

hahaha.. spt beruk dijalanan... i like dat words