Pada hari jumaat yang lepas iaitu pada 24 Oktober 2008, pihak UMP telah menganjurkan satu forum yang bertajuk "Mencari Kebahagian" dari pandangan seorang Sufi serta seorang selebriti.
2 orang penal yang dijemputkan memiliki personaliti tersendiri. Salah seorang merupakan Pengetua Sekolah Pondok Inabah Kedah, Pak Guru Mohd Zuki As-Sujjak Shafie (berbaju kuning) dan seorang lagi merupakan vokalis kumpulan Rabbani yang terkenal iaitu, Ustaz Asri (berbaju ungu).
Antara topik yang dibincangkan ialah berkaitan dengan berhibur serta ianya dikaitkan juga dengan kebahagian.Pada sesi pertama, Pak guru lebih menekankan kepada soal iman. Iman itu terisi di dalam hati kita, ianya perlulah sentiasa dibersihkan dan disinarkan. Seperti mana kita membersihkan diri kita sendiri. Tiada makhluk yang lahir dalam keadaan bersih iaitu dilahirkan dengan keadaan yang berlumuran darah. Oleh itu, ianya perlulah dibersihkan dan disucikan lalu perlu juga dilaungkan suara2 azan ataupun iqamat. Tetapi secara hakikatnya, bayi yang baru lahir itu adalah suci dari sebarang dosa.
Sewaktu bercakap juga, lafazkanlah perkataan yang baik-baik sahaja. Selalu lah juga melafazkan nama-nama Allah yang sememangnya bermaksud baik-baik belaka. Agar kita sentiasa mengingati Allah s.w.t.
Seterusnya, ustaz Asri pula menekan kepada soal berhibur. Berhibur itu tidak lah salah. Islam mengharuskan berhibur dalam kehidupan manusia. Hukumnya sama seperti hukum makan dan minum. Makan dan minumlah sesuka hati kamu selagi ianya tidak melampaui batas. Maka, begitu juga dengan soal berhibur, berhiburlah tetapi jangan melampaui batas sehingga boleh melupakan identiti kita yang sebenar serta tujuan kita hidup di dunia yang sementera ini. Bagi ustaz Asri, ini merupakan pengalamannya yang kedua dalam melibatkan diri dengan forum. Namun, para jemaah yang hadir tergaman seketika apabila Ustaz Asri melaungkan suara yang merdu sekali.
Potongan ayat-ayat al-Quran yang dibacanya juga beralukan suara dan rentak yang amat merdu.
Selepas tamat nya forum ini, para jemaah juga dihiburkan dengan satu persembahan oleh Ustaz Asri iaitu lagu yang diilhamkan oleh Amy Search dimana dia mendapat idea untuk lagu ini sewaktu berada di Mekah. Semoga dimasa yang akan datang, diharapkan kita dapat lagi bertemu dengan seorang selebriti yang berdakwah dengan suaranya yang amat merdu serta seorang tokoh yang berpengalaman, Pak Guru Zuki.
Så här tittar du på Seul sur Mars online
-
Hur man laddar ner Seul sur Mars 1080p
*Bedste sted at se Seul sur Mars Putlocker (2005) fuld streaming film
Danish 1080p HD*
[image: Seul sur M...
5 years ago
2 comments:
eehh..syg...
fokus ga ko ngn crmah ni..
ingtkn ko tpu tym kata nk ikot...
hehehe...
anyway.......
god bles u.. :P
mesti arr fokus.. ceramah best nier..
ader gak selingan jenaka..
May God bless u also!
Post a Comment