PERKEMBANGAN FIZIK: span lang="SV">Bayangkan seketika kita putarkan masa ke zaman awal manusia. Pada masa itu tidak terdapat kenderaan, kapal terbang, janakuasa, dapur gas dan stesen janakuasa hidroelektrik. Tetapi pada masa itu, orang ramai mengetahui rahsia dan kegunaan api.
Satu hari, seseorang cerdik pandai bernama Encik Stone-Age memberitahu kaum primitifnya bahawa dia telah mendapat sesuatu yang boleh dianggap sebagai satu revolusi. Dia menyatakan bahawa dia berupaya mengeluarkan haba yang boleh keluar dari air.Kaum primitifnya tidak dapat menerima kenyataan ini dan merasakan ini adalah sesuatu yang mustahil dan tidak boleh dipercayai. Kebanyakan orang menganggap Stone-Age sebagai ‘gila’ dan ‘suka berangan’. Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah daripada mereka berminat untuk mengetahuinya. Mereka melihat dengan penuh minat demonstrasi yang dilakukannya untuk memastikan kebenarannya. Saintis ini meletakkan satu bekas yang dipenuhi air pada atas api dan menyuruh mereka untuk menunggu seketika. Sesetengah daripada mereka merasakan bahawa ini adalah sesuatu yang mudah atau remeh. Untuk seketika tiada apa yang berlaku dan ini menyebabkan ada yang mula beredar dan menyangka ini semua adalah karut belaka. Namun, masih ada yang sabar menunggu. Selepas seketika, bunyi buih-buih kedengaran, air mula menggelegak. Asap kelihatan mula keluar daripada air tersebut. Sesetengah pemerhati mula berasa bingung dan membuat rumusan bahawa saintis itu sedang menggunakan kuasa magik. Tetapi ada daripadanya yang berasa sangat kagum dan teruja. Mereka terus mencuba melakukan eksperimen itu dan sedia untuk menerimanya sebagai satu bentuk tenaga baru yang dihasilkan. Mereka kemudiannya menyebarkan pengetahuan ini pada seluruh dunia.
Selepas semakin ramai yang melihat eksperimen ini, semakin ramai yang boleh menerima pengetahuan baru ini. Kisah seperti ini sudah tentu sentiasa berlaku dari semasa ke semasa. Para genius seperti Wright, Leonardo da Vinci, Newton, Nikola Tesla dan saintis genius lain pada mulanya susah untuk diterima oleh orang ramai. Namun, perkembangan ini tidak terhenti begitu sahaja. Kisah-kisah ini menceritakan bahawa setiap pengetahuan mestilah diterima dengan keterbukaan, minda yang sentiasa berminat dan keupayaan untuk menganalisis dengan kritikal.
Bahan Fizik dan Bukan Fizik (metafizik)Aspek bukan fizik @ metafizik iaitu sesuatu bentuk tenaga yang halus merupakan sesuatu yang bukan baru. Pada kurun ke 19, fenomena ini sudah dikaji pada kewujudan medan bio, atau ether, di mana tenaga ini tidak boleh nampak dengan mata kasar. Para penyelidik seperti Wilhelm Reich, yang telah membangunkan teori tenaga orgone, dan Nikola Tesla, yang telah menggunakan tenaga ini di dalam eksperimennya yang telah memperkembangkan lagi teori dan penggunaan tenaga halus ini.
Eksperimen pertama yang berkaitan dengan tenaga badan, iaitu tenaga halus yang hidup disekeliling benda hidup telah dilakukan pada tahun 1930-an dan 1940-an oleh Dr. Harold S. Burr di Universiti Yale yang sedang membuat kajian mengenai medan tenaga di sekeliling haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Untuk mengesahkan medan tenaga ini, Burr telah menggunakan voltmeter biasa untuk disukat pada kulit. Dengan menggunakan medan tenaga pada haiwan salamander (haiwan seakan-akan cicak), dia telah berjaya menentukan bahawa potensi tenaga elektrik disambungkan di antara otak dan tulang belakang. Dr. Robert O.Becker juga telah melakukan kajian yang serupa serta mengembangkan lagi penyelidikan Dr. Burr. Dr.Robert; beliau telah mengkaji bahawa pengaliran elektrik juga berhubungkait dengan sistem saraf. Setiap sel-sel adalah positif dan hujung saraf adalah negatif sebagai potensi elektrik.Dr. Burr juga melakukan penyelidikan pada tunas biji benih dan beliau telah mendapati bahawa medan tenaga elektrik disekeliling tunas adalah tidak sama dengan tenaga pada biji benih itu sendiri tetapi lebih mengejutkan ianya adalah sama dengan tenaga sebatang pokok yang sedang membesar. Burr telah membuat rumusan bahawa setiap perkembangan organisma dipengaruhi oleh tenaga elektrik disekelilingnya.
Fotografi elektrografik yang berkaitan dengan medan tenaga elektromagnetik pada benda hidup telah mula dikenalpasti pada masa kini. Pada awal 40-an, apabila Dr.Burr menjalankan kajiannya di USA, seorang penyelidik Rusia, Semyon Kirlian juga melakukan kajian yang serupa. Dia mengkaji teknologi fotografi pada organisma hidup di dalam frekuensi yang tinggi, voltan tinggi dan kekuatan medan tenaga elektrik yang rendah. Dengan teknik elektrografiknya, Kirlian telah berjaya memaparkan medan elektrik pada kertas fotografi.Burr dan Kirlian telah berjaya membuktikan pada zaman 40-an itu, bahawa semua benda-benda hidup dikelilingi oleh sebuah medan tenaga yang sangat halus. Kedua-dua saintis ini telah membuktikan kaitan di antara penyakit dan perubahan medan tenaga pada suatu organismaBy : Master Hazil Azran Ramli
Link : http://www.7chakra.com/blog/index.php/2007/07/06/fenomena-aura-fakta-sains/
No comments:
Post a Comment