Saturday, May 31, 2008

Menggunakan Komputer Bagaikan Menyelesaikan Masalah Matematik

Sedang duduk bermenung, teringat bagaimana saya boleh pandai dalam menggunakan komputer. Untuk pengetahuan semua, saya tidak pernah menyertai apa-apa kursus yang berkaitan komputer, tetapi semuanya saya belajar dengan sendirinya dan juga ada kalanya belajar melalui rakan-rakan dan saudara yg terdekat.

Tetapi secara keseluruhannya, saya lebih kepada belajar sendiri. Sebab saya rasa, setiap kali kita menghadapi masalah dalam menggunakan komputer, kita akan menyelesaikannya ibarat kita menyelesaikan masalah matematik.

Konsep matematik yang saya maksudkan ialah, bagaimana nombor itu perlu dialihkan, perlu didarab, perlu ditambah seperti perggunaan komputer. Kita akan memikirkan, dari mana punca masalah komputer ini berlaku seperti juga ibarat menyelesaikan masalah matematik dimana kita perlu tahu apakah masalah utama soalan tersebut kemudian kita cuba alih angka tersebut supaya ia lebih senang dinampak penyelesaian.

Semuanya sama dengan penyelesaian masalah komputer dan cara-cara mempelajari komputer. Sebab itulah kita tahu, sekiranya di sekolah teknik, kelas komputer akan disertai juga dengan subjek matematik tambahan supaya pelajar dapat menggunakan apa yang mereka fikirkan semasa menyelesaikan pemasalahan matematik dengan masalah peng-komputeran.

1 comment:

anisah anuar said...

meor aku baru nak link blog kat frenster ko to blog aku..tgk2 ko dah ade blogspot..aku link ko kat aku nye page tau.. :)