Krisis ekonomi yang melanda Negara pada Julai 1997 telah memberikan
kesan yang besar dalam membantutkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Walaupun kesan daripada kegawatan tersebut telah berkurangan masih
sukar untuk menentukan bila ekonomi Negara akan kembali ke era
kegemilangannya semula.
Salah satu kesan besar akibat kegawatan ekonomi adalah kekurangan
peluang pekerjaan terutama di kalangan siswazah. Mengikut perangkaan
Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), sehingga awal bulan Ogos
2003, kira-kira 35,000 siswazah masih menganggur. Alam pekerjaan
merupakan alam baru bagi siswazah dan disinilah bermulanya kehidupan
mereka untuk mencari wang membina hidup, mencari pengalaman dan
mengaplikasikan ilmu yang dituntut selama di menara gading.
Terdapat beberapa punca berlaku pengangguran di kalangan siswazah
selain daripada faktor kegawatan ekonomi antaranya :-
i. Terlalu memilih kerja
Kebanyakkan siswazah menghabiskan masa hampir 4 tahun di Institusi
Pengajian Tinggi. Mereka begitu mengharapkan penat lelah sewaktu
belajar mendapat pulangan sewajarnya dengan memperolehi jawatan dan
pendapatan yang baik apabila bekerja kelak. Malu rasanya untuk
bekerja seperti kakitangan biasa dan memperolehi gaji yang rendah
berbanding pendapatan yang sepatutnya diperolehi dengan segulung
ijazah.
ii. Kemahiran terhad
Ilmu yang diperolehi sewaktu belajar di IPT dahulu hanya
berlandaskan teori umum sahaja sedangkan pasaran kerja memerlukan
kemahiran yang khusus dan tertentu. Contoh ketara di dalam bidang
Teknologi Maklumat sebahagian besar syarikat memerlukan pakar
teknologi maklumat yang berpengalaman dalam perisian tertentu yang
mereka gunakan.
iii. Masalah komunikasi
Kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa merupakan kekurangan
ketara terutama di kalangan siswazah IPTA yang menggunakan bahasa
pengantar Bahasa Melayu. Pasaran global sekarang memerlukan siswazah
yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.
iv. Pilihan kursus
Terdapat kursus-kursus yang ditawarkan oleh IPT tidak memenuhi
keperluan pasaran yang lebih mementingkan siswazah dari kelulusan
teknologi maklumat dan kejuruteraan. Kepesatan teknologi menyebabkan
terdapat kursus yang tidak lagi relevan dengan kehendak pasaran
tenaga kerja.
v. Pertambahan IPTS
Pertambahan IPTS yang tumbuh seperti cendawan menyebabkan ramai
siswazah-siswazah yang menamatkan pengajian dan bersaing sesama
sendiri. IPTS pula menawarkan kursus yang dapat memenuhi kehendak
pasaran dan mengunakan Bahasa Inggeris sebagai pengantar.
Persaingan yang sengit dan peluang kerja yang terhad menyebabkan
siswazah perlu bersedia dan menghadapi cabaran tersebut dengan
tabah. Antara persiapan dan tindakan yang boleh mereka ambil adalah
seperti berikut :-
i. Berfikiran positif
Siswazah perlu sentiasa positif dan menganggap pengangguran yang
mereka alami hanya sementara dan fokus utama perlu dilakukan untuk
mencari kerja tanpa berputus asa.
ii. Tidak memilih kerja
Pada peringkat awal pengalaman lebih penting daripada wang ringgit
dan jawatan. Lupakan tentang sifat malu dan bersedia untuk bersusah
payah pada peringkat awal dengan belajar dari bawah dan sedia
belajar daripada kesilapan.
iii. Bahasa Asing
Mempelajari bahasa asing seperti Bahasa Inggeris, Mandarin dan Jepun
meningkatkan nilai kepada siswazah tersebut. Pasaran global yang
sedang melanda dunia amat memerlukan siswazah yang boleh
berkomunikasi dalam pelbagai bahasa.
iv. Menggunakan khidmat agensi pekerjaan
Khidmat agensi pekerjaan boleh digunakan sebagai jalan terakhir
sekiranya gagal mencari pekerjaan.
v. Mengikuti kursus sangkutan dan latihan
Kementerian Sumber Manusia ada menyediakan latihan bagi siswazah
menganggur. Kursus tersebut mampu menyediakan siswazah dengan
kemahiran dan latihan tertentu bagi memenuhi kehendak pasaran.
vi. Mempelajari menggunakan peralatan
Kelebihan dalam mengendalikan peralatan pejabat seperti mesin
fotostat, mesin fax, computer dan peralatan lain akan membantu
siswazah dalam memperolehi pekerjaan.
Dalam dunia yang penuh cabaran ini hanya individu terbaik sahaja
yang mampu berjaya mencapai matlamat mereka. Siswazah perlu
melengkapkan diri mereka dengan pelbagai jurusan ilmu dan menimba
pengalaman daripada persekitaran mereka. Kegagalan berbuat demikian
akan menyebabkan mereka ketinggalan sedangkan orang lain jauh
melangkah ke hadapan
Sabda Rasulullah saw bermaksud:
"Sesiapa mencari rezeki halal untuk menjaga dirinya supaya tidak
meminta-minta dan berusaha memenuhi keperluan hidup keluarganya,
serta dapat pula membantu tetangganya, maka pada akhirat kelak dia
akan menemui Allah dengan wajah berseri-seri bagaikan bulan
purnama." – (Hadis riwayat at-Thabrani).
Så här tittar du på Seul sur Mars online
-
Hur man laddar ner Seul sur Mars 1080p
*Bedste sted at se Seul sur Mars Putlocker (2005) fuld streaming film
Danish 1080p HD*
[image: Seul sur M...
5 years ago
No comments:
Post a Comment