Monday, May 5, 2008

Jangan Terlalu 'Sweet'

Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak. Jangan terlalu mengambil
berat, saya mungkin menyukai awak. Jangan jadi terlalu 'sweet' saya
mungkin jatuh hati kepada awak. Seseorang yang membuatkan awak jatuh
hati padanya sebenarnya menyayangi awak lebih daripada awak menyayangi
dia.

Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian
daripada hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa
pergi, jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu dan
sekurang-kurannya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan
segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali.
Kembali pada kamu.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak kita
ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda
bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini
hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu
kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai,
maka hargailah dia, jangan biarkan is berlalu begitu sahaja. Jangan
tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan
menyesal sebgitu sahaja.

Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan
peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau
mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir
atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.

Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu
menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang
anda
pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda
walau di mana anda berada. Ini bermakna orang yang bersama anda ketika
ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa
yang lain ada orang yang tahu dia tidak bersama kamu ketika ini tetapi
masih menyayangi kamu sepenuh hatinya.

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan
kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran
yang bakal mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam
percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya, anda mungkin akan
kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.

Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepda orang yang anda
sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan
di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah
memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan
istimewanya mereka kepada anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas.
Malah, anda juga kan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah
menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan dan hati anda. Jangan
sesekali mengkhianati hati anda kerana akibatnya hanya anda yang
sengsara, bukan orang lain.

Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari orang
yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi ia masih
sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. Cinta itu adalah
berasakan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan
kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi
anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang
yang mencintai anda seadanya anda. Mencintai dan dicintai perlukan
keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cintai itu.
Seterusnya diikuti dengan perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang
kita cintai seada mereka walaupun dari hari ke sehari manusia sentiasa
berubah.

Emailed by : kinhaifa_89@yahoo.com

No comments: