Friday, May 30, 2008

Setuju : Hapuskan Subsidi Minyak

Kali ini saya ingin menyampaikan pandangan saya terhadap isu yang masih lagi panas. Iaitu, menghapuskan subsidi minyak dan menukarkan subsidi itu kepada elaun.

Saya bersetuju kerana, banyak kebaikan yang boleh diperolehi daripada tindakan ini . Sememang benar apa yang dihuraikan oleh sesetengah menteri dan golongan tertentu terhadap isu ini. Memang ada golongan yang sudah kaya raya dan tidak layak untuk menerima subsidi kerjaan. Malah merekalah yang sepatutnya memberi sumbangan kepada harta negara.

Dengan penjimatan wang sebanyak RM50++billion itu, boleh lah kerajaan melabur dalam sektor yang menguntungkan. Saya percaya, pertanian adalah sektor yang terpenting sekarang ekoran kenaikan harga barangan di pasaran antarabangsa. Hal ini membolehkan golongan yang berpendapatan rendah meningkatkan taraf hidup mereka.
Hal ini pula tidak akan menjejaskan ekonomi negara kerana minyak sememangnya satu produk yang sememang akan digunakan mahupun harganya naik melonjak.

Kepada pelajar lepasan IPT yang menganggur boleh lah bergiat dalam pertanian moden ini kerana banyak lagi kekosongan jawatan dalam bidang ini. Usahlah terlalu memilih perkerjaan dan segeralah memenuhi kehendak kerajaan dalam mewujudkan satu wawasan yang cemerlang, gemilang dan terbilang yang memenuhi kehendak dunia dan akhirat.

3 comments:

Anonymous said...

Kadang kadang saya sokong juga pendapat tentang penghapusan subsidi tu. Tapi kerajaan harus pikir, 80-90 peratus rakyat bukanlah dari golongan kaya dan berkemampuan. Kita Negara pengeluar minyak utama di rantau ni. Patut Subsidi Petrol diteruskn, dan bagi mengelak subsidi ini jatuh ke tangan orang yang tak sepatutnya, satu pendekatan harus dilakukan. Diorang ada Mykad. Mungkin mykad boleh membantu memberi subsidi kpd golongan yg memerlukan saja? betul tak?

ape2 apepun kenaikan harga minyak yg sgt mendadak ni nyata bagi beban besar pada rakyat!... nak kata bagi elaun bila lagi? hanya pandai cakap...

Skrg rakyat mau pakatan rakyat pula naik kerajaan.. dan lihat bagaimana mereka selesai masalah ni!..
sekian..

Unknown said...

sebenarnya tujuan kerajaan nak hapuskan subsidi ialah kerana mereka hanya mahu golongan yg layak sahaja yg menikmati subsidi kerajaan.. so, diorang macam ubah cara jelah.. 'subsidi' tue akan tetap ada cuma dalam bentuk lain.

Anonymous said...

Salam.. Saya setuju. Rakyat Malaysia sepatutnya perlu disedarkan dengan benda2 ni.. In order for us to be competent globally, we need to get used to all these things..updated.

Malaysia, dh banyak sgt subsidi.. Dah banyak sgt dimanja-manjakn..
Subsidi itu, subsidi ini.

The government wants to help, but until when? Now, they're asking for more..

UMNO is the only party, that will keep Malays alive. I'm quite sure with that..

PKR, leads by DAP (mostly) .. It's their only way, n path to get into the surface of Malaysian politics..
-With the help of PAS, and PKR.

Once there are up there, ....
I think you can visualize what will be the consequences...

They are brilliant, but without us, team up as one party. We will collapse..

Wake up Malaysians, wake up!