Salam sejahtera kepada pembaca sekalian,
Kali ini saya ingin menulis pendapat saya yang seterusnya terhadap pembesaran kanak-kanak. Apa yang telah saya terfikir sedang berada di sekitar keadaan yang penuh dengan kanak-kanak.
Istilah kanak-kanak yang saya gunakan ini sebenarnya merujuk kepada golongan yang berumur 12 tahun kebawah. Kerana pada saat ini, kanak-kanak mula merasai detik2 untuk mematangkan diri. Seperti mana yang kita pernah lalui sebelum ini, kita telah merasai bagaimana rasanya menjadi seorang kanak-kanak dan bagaimana rasanya sedang belajar sesuatu yang baru untuk mematangkan diri kita.
Sebelum itu, terlebih dahulu, saya rasa kita patut tahu siapakah yang paling bertanggungjawab dalam perlibatan pembesaran kanak-kanak ini ialah golongan ibubapa. Yang paling mempengaruhi pemikiran kanak-kanak ialah persekitaranya dan yang paling membuatkan ia berpengalaman ialah perkara yang pernah dia lakukan sepanjang tempoh pengalaman itu.
Jadi ingin saya jelaskan satu persatu faktor2 yang membantu pembesaran kanak-kanak yang lebih sempurna.
Tidak Mengehadkan Pergerakan Kanak-Kanak
Ada sesetengah ibubapa bimbang akan pergerakan anak-anak mereka kerana dikhuatiri diculik atau pun sewaktu dengannya. Memang kita perlu mengambil kira terhadap perkara ini, tetapi jangan terlalu mengonkong pergerakan kanak-kanak sehinggan 'input' yang masuk kedalam daya fikiran dia terbantut. Contohnya, kanak-kanak ingin mengikut ibunya ke pasar. Sesetengah ibubapa tidak ingin membawa anak mereka ke pasar disebabkan keadaan pasar yang kotor, tetapi kita masih boleh mengawal anak kita daripada menyentuh tempat2 kotor tersebut. Kita tidak patut melarang anak2 pergi ke pasar bersama kerana semasa anak2 itu berada di pasar, banyak benda dia boleh belajar. Bagaimana keadaan pasar itu, selok belok jalan pasar itu, cara hendak ke pasar itu, mengajar anak2 dalam urusan jual beli, dan sebagainya. Hal ini membantu kanak2 dari banyak segi. Terutama penyesuaian terhadap sesuatu tempat.
Cuba kita tengok, ada sesetengah orang dewasa agak lambat dalam menyesuaikan diri di sesuatu tempat contohnya apabila datang ke pusat pengajian tinggi. Atau lebih senang di pahami dengan sebutan orang barat "Culture Shock".. Jadi, pada usia kanak-kanak lah memainkan peranan penting dalam membentuk 'skill' untuk masa hadapan.
Melayan Kanak-kanak Tanpa Kekerasan Yang Terlampau
Ada sesetengah ibubapa gemar meninggikan suara apabila anak2 mereka melakukan sesuatu kesilapan. Yang lebih teruk lagi, menggunakan rotan terhadap anak2 mereka. Sebenarnya rotan boleh digunakan pada kanak2, tetapi perlulah berpada2 menggunakannya. Sekiranya itu adalah kesalahan buat pertama kali bagi anak2 itu, maka tidak perlulah terus menggunakan rotan tetapi cubalah tegur secara lembut.
Kanak-kanak yang kurang berpengalaman mudah memikirkan perkara yang negatif semasa berumur bawahan. Jadi, berkemungkinan besar mereka akan menjadi seorang yang tidak aktif di masa hadapan di sebabkan takut melakukan sesuatu di sebabkan selalu di marahi oleh ibubapa mereka.
Kadang2 kanak2 lebih mendengar arahan yang dikeluarkan dengan kata2 yang lembut. Tapi janganlah kita berharap bahawa sekali tegur hendak mereka terus mendengar kata2 kita. Tidak!! .. Sebagai ibubapa yang bertanggungjawab, bersabarlah dengan mereka, dan gunalah ajaran Rasulullah S.A.W..
Disebabkan ibubapa suka memarahi anak2 mereka, maka nanti anak2 akan lebih cenderung kepada insan yang bermasalah. Hal ini patut di ambil serius walaupun ia tidak akan nampak pada awalnya kerana hal ini adalah kesan jangka panjang.
Membeli Buku-buku & Alat Mainan
Mungkin ada anggapan ibubapa bahawa membuat perkara seperti ini adalah membazir. Sebenarnya tidak, perkara ini boleh membantu corak pemikiran seorang kanak2. Ibubapa ataupun abang2 dan kakak2 perlulah memberi dorongan dan sokongan untuk kanak2 lebih minat kepada buku. Tetapi janganlah menggunakan paksaan tetapi gunalah cara yang dikira strategik. Satu strategik seperti ingin menawan sesuatu kota.
Buku2 yang sesuai untuk kanak2 ialah buku yang banyak gambar. Bukanlah buku yang banyak tulisan kepada ketika waktu itu, kanak2 belum berminat tinggi untuk membaca. Lagipun, buku2 yang banyak gambar membantu membentuk daya imaginasi yang tinggi. Kita tahu daya imaginasi amat penting dalam kehidupan seharian lebih2 lagi ketika ingin menjawab soalan matematik. Sekiranya kanak2 mampu ber imaginasi secara 3 dimensi, maka menjawab sesuatu formula bukan menjadi masalah bagi mereka.
Begitu juga dengan alat permainan, kita tengok anak2 kecil sedang bermain, sebenarnya mereka sedang berangan bahawa mereka sedang menaiki alat permainan itu yang kononnya di anggap kenderaan mereka. Kalu lah alat permainan mereka adalah kereta, maka ia sedang membayangkan mereka sedang menaiki kereta. Oleh itu, daya imaginasi yang tinggi boleh membuatkan anak2 anda menjadi kreatif dalam mencipta sesuatu yang baru,
Meluangkan Masa Bersama dengan Percakapan.
Saya rasa faktor ini semua orang sudah tahu. Cumanya, bermainlah dengan anak2 walaupun sekejap kerana itu mereka akan fikirkan bahawa kita mengambil berat pasal mereka dan mereka akan lebih mudah berkomunikasi dengan kita dan juga lebih mudah untuk berkongsi masalah mereka dengan kita.
Izinkan anak-anak bergaul dengan kanak-kanak yang lain
Jangan terlalu takut untuk membiarkan anak2 bergaul dengan rakan2 mereka yang lain. Kerana hal ini dapat meningkatkan daya bersaing antara mereka dan mengajar anak2 cara bersosial. Cumanya kita perlu mengambil kira dengan siapa mereka bergaul. Kalu setakat dengan jiran2 dan rakan2 mereka yang baik2 itu tidak menjadi masalah. Ingat!, daya bersaing dan tahu cara bersosial amat penting bagi anak2 apabila mereka menjejakkan kaki ke tempat pengajian atau tempat yang ramai orangnya.
Kesimpulan
Jadi, semasa kecil2 ini lah memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk anak2 menjadi seseorang yang berguna seperti mana setiap ibubapa mengidamkan. Justeru, dengan tip2 yang tidak banyak ini boleh memberi gambar bahawa pentingnya anak2 diberi perhatian semasa kecil lagi. Bak kata pepatah "Meletuh buluh biarlah dari rebungnya" . Ketika anak2 masih berjiwa kosong, isikanlah dengan bimbingan berguna bagi membolehkan mereka bersebaran di atas muka bumi ini dengan menjadi orang yang berguna kepada masyarakat ibaratnya, kereta perlulah diisikan dengan petrol tp bukanlah dengan air.
Sekian : Meor
*kalu ada silap, tlg tegur...
Så här tittar du på Seul sur Mars online
-
Hur man laddar ner Seul sur Mars 1080p
*Bedste sted at se Seul sur Mars Putlocker (2005) fuld streaming film
Danish 1080p HD*
[image: Seul sur M...
5 years ago
No comments:
Post a Comment