Pada hari sabtu yang lepas, aku ke kota bharu untuk melawat nenek aku. Tapi pada hari itu, ribut yang amat kuat dan hujan yang amat lebat berlaku. Memang jarang berlaku perkara sebegini.
Semalam pada hari jumaat merupakan hari yang amat panas sekali. Aku yang baru pulang dari solat jumaat terasa bahang udara yang begitu menghangatkan. Tak tahu lah kenapa pada hari ini bergitu panas sangat.
Jadi pada malam itu, hujan turun dengan lebat sekali. Memang patutlah pada tengahari tersebut panas yang melebihi normal. Bak kata orang zaman dulu, kalu panas pelik, nak hujan lebat lah jawabnya.
Keesokkan harinya, hujan turun dengan lebih lebat lagi. Sehingga, atap rumah di kg nenek aku ada yang terangkat2, pokok melambai2 kegelisahan kerana angin yang begitu kuat. Tapi, tiada apa2 kemusnahan dilaporkan berlaku.
Apabila melihat di kaca tv, dilaporkan bahawa myanmar di landa taufan yang dasyat. Sehinggakan mengorbankan lebih 22 ribu (yahoo! news) penduduk dan masih ada lagi yang dilaporkan hilang. Laman web yahoo melaporkan angka kematian yang telah dipastikan meninggal ialah 22 464 orang. Dasyat nya bencana alam ini melanda masyarakat dunia.
Cuba bayangkan, sebuah sekolah menengah mempunyai pelajar seramai 1000 lebih, dan kalu seramai 22 ribu, mestilah jumlahnya sama dengan 22 buah sekolah menengah. Cuba bayangkan, pelajar bagi 22 buah sekolah ini sudah pun meninggal, betapa ramainya. Dan jika kita bandingkan dengan kawasan daerah kita. berapa ramai lagikah yang masih hidup.
Adakah bencana ini sama boleh disamakan dengan tsunami? sebuah bencana yang melanda masyarakat indonesia.
Walau apa pun anggapan anda semua, sebenarnya perkara2 seperti ini hanyalah datang dari Tuhan yang Maha Esa. Dia menurunkan bencana seperti ini mungkin ada sebabnya. Dia memerintah sesuatu mesti ada sebabnya, semuanya terpulang kepada kita untuk memikirkan hakikatnya. Cuma Tuhan telah nyatakan di dalam al-Quran supaya kita tahu yang Dia melakukan segalanya adalah demi kebaikan.
Mungkin kesan daripada ribut yang melanda Myanmar ini adalah untuk menyedarkan segolongan umat Islam supaya sentiasa mengingati-Nya. Sekiranya masyarakat sesuatu tempat telah lupa kepada Allah S.W.T. nescaya Dia akan menurunkan bahala keatas kaum tersebut.
S
S
ekejap tadi saya ada melawat sebuah forum yang menyatakan di Myanmar banyak diadakan aktiviti penyembelih babi/khinzir. Kita tahu semua ini adalah salah di sisi syariat Islam. Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk menegur kaum tersebut agar tidak mengadakan aktiviti tersebut. Tapi sekiranya kita tidak melakukan tanggungjawab tersebut, nescaya bala tidak akan mengenal sesiapa, kesemuanya dia akan telan. Kerana semua ini Tuhan telah jelaskan di dalam al-Quran.
Tapi, kita tidak tahu hakikat sebenar kenapa bencana melanda di tempat tersebut. Oleh sebab itulah kita seharusnya memikirkan kesilapan kita di masa lalu, dan segera melakukan taubat. Yang masih lagi diberi peluang untuk hidup, itulah nikmat Tuhan yang diberikan keatas mereka. Tuhan masih lagi memberi peluang kepada mereka untuk memikirkan faktor-faktor kenapa tuhan menimpakan bencana kepada mereka.
Sidang tetamu sekalian, di sebalik berlakunya bencana ini. Tetap ada kesan baik di dalamnya. Semuanya harus kita fikirkan dan kita amalkan apa yang patut kita lakukan supaya Tuhan menyukai cara hidup kita di atas muka bumi ini.
Cuba kita tengok, selepas sahaja bencana ini berlaku. Banyak negara menghantar bekalan bantuan terhadap negara tersebut. Hal ini dapat mengembalikan kitaran ekonomi terhadap dunia. Seperti yang kita tahu, ada sesebuah negara amat kaya raya. Dan ada juga sesebuah negara yang miskin. Jadi apabila berlaku perpindahan ekonomi antara kaya dan miskin. Maka mungkin akan dapat memulihkan ekonomi dunia. Seperti mana yang kita tahu, banyak berlaku kenaikan harga barang. Ini kerana ada negara yang mementingkan keuntungan negara semata2. Sebabnya banyak negara miskin mengalami kelaparan dan kematian yang menyeksakan.
Bencana ini mungkin juga ada kaitan terhadap pemanasan global. Banyak negara yang lupa untuk mengimbangi pembangunan fizikal dan pembangunan semulajadi. Dan apabila berlakunya pemanasan yang terlampau, maka ribut2 kuat akan terhasil disebabkan perpindahan angin secara mengejut. Oleh itu, ambillah iktibar dari kejadian ini untuk sama2 mengambil berat terhadap alam sekitar.
Kesan lain ialah, untuk menyedarkan negara2 yang sebelum ini jarang berkomunikasi dengan negara luar. Hal ini sepatutnya di pandang serius. Kita tidak boleh menganggap bahawa diri kita mampu untuk berdiri sendiri. Sebenarnya tidak, suatu hari nanti, kita pasti akan meminta pertolongan seseorang. Samada jiran kita, kawan2 kita dan kaum kerabat kita. Dan bagi sesebuah negara, memang patutlah mereka menjalinkan diplomasi awal2 supaya senang di hari esok untuk meminta pertolongan. Melalui diplomasi ini, maka lebih senang kerja untuk mengimbangi pembangunan ekonomi negara.
Sekiranya kita sama2 mengeluarkan zakat. Maka saya jamin, bahawa semua orang akan berada dalam ekonomi yang amat normal, tiada lagi rakyat yang bergelar miskin. Tiada lagi rakyat yang mati kebuluran. Sehinggakan akan berlaku duit yang tidak tahu hendak dibuat apa lagi. Semua ini hanya berlaku sekiranya sistem zakat di amalkan secara meluas di seluruh dunia. Saya harap anda semua paham bagaimana zakat mampu memulihkan ekonomi.
Mungkin pendapat saya masih lagi tidak tajam, disebabkan saya masih baru untuk menulis pendapat saya. Dan saya akan berlajar masa demi masa untuk mengeluarkan pendapat saya yang lebih tajam untuk membentuk daya pemikiran pembaca sekalian. Sekian, ambillah ikhtibar dari apa yang berlaku di Myanmar itu.
No comments:
Post a Comment